PERMOHONAN SARA ONE OFF 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN JIKA ANDA LAYAK & MOHON SEKARANG

PERMOHONAN SARA ONE OFF 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN JIKA ANDA LAYAK & MOHON SEKARANG

Bantuan SARA-OFF diteruskan lagi bagi tahun 2026 di mana semua rakyat dewasa Malaysia bakal menerima bantuan secara sekali bayaran untuk digunakan bagi menyokong perbelanjaan barangan keperluan asas penerima.

Bagaimanakah semak status kelayakan dan permohonan sara one off 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK NAMA PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM100 2026 : CEK SEGERA

PERMOHONAN SARA ONE OFF 2026

Tiada sebarang permohonan diperlukan untuk bantuan SARA ONE-OFF. Individu yang memenuhi syarat kelayakan bantuan akan menerima bayaran RM100 secara automatik melalui MyKad (Kad Pengenalan).

CARA PELAKSANAAN SARA ONE OFF 2026

Bantuan SARA ONE-OFF 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :

  • Syarat Kelayakan : Semua warganegara Malaysia (berusia 18 tahun dan ke atas);
  • Amaun Bantuan : RM100 (Sekali Bayaran);
  • Tarikh Bayaran : Pertengahan Februari 2026 (akan dikemaskini dari semasa ke semasa);
  • Kaedah Pembayaran : Bantuan RM100 disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima di bawah Program SARA;
  • Manfaat : Boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang mempunyai label MyKasih / SARA, di kedai berdaftar dengan pembayaran menggunakan MyKad.

SEMAK STATUS KELAYAKAN SARA ONE OFF 2026

Status kelayakan penerima SARA ONE-OFF boleh di semak secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi SARA: https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama SARA untuk Rakyat Malaysia yang layak.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah ONE-OFF.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Penghargaan SARA
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula (SARA ONE-OFF): Pertengahan Februari 2026
    • Tarikh Program Berakhir (Tarikh Luput Kredit) : Disember 2026
    • Baki (RM) : 100.00 (mengikut kelayakan penerima)
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

JUMLAH PEMBAYARAN SARA 2026

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :

  • SARA eKasih : Bantuan bulanan SARA kepada penerima STR yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih.
  • SARA bukan eKasih : Bantuan bulanan SARA kepada semua penerima STR sahaja (tidak berdaftar dalam Sistem eKasih)
  • SARA ONE-OFF : Bantuan SARA RM100 (sekali bayar) kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira status dan pendapatan. Turut diberikan kepada penerima SARA sedia ada.

Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMASARA EKASIHSARA BUKAN EKASIHSARA ONE-OFF
(SEKALI BAYAR)
Isi RumahRM200 Sebulan
(Januari – Disember)
RM100 Sebulan
(Januari – Disember)
RM100
(Pertengahan Februari)
Warga Emas Tiada PasanganRM150 Sebulan
(Januari – Disember)
RM50 Sebulan
(Januari – Disember)
RM100
(Pertengahan Februari)
BujangRM100 Sebulan
(Januari – Disember)
RM50 Sebulan
(Januari – Disember)
RM100
(Pertengahan Februari)

Catatan : Bantuan SARA ONE-OFF akan diberikan kepada SETIAP rakyat Malaysia termasuk penerima SARA sedia ada, di mana penerima sedia ada akan menerima bantuan bulanan seperti biasa serta tambahan one-off sebanyak RM100 pada Februari 2026.

CARA BELI BARANG SARA

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang diluluskan.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment