SEMAK NAMA PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM100 2026 : CEK SEGERA

SEMAK NAMA PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM100 2026 : CEK SEGERA

Bantuan SARA-OFF bakal diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang layak pada pertengahan Februari tahun 2026, sebagai bantuan untuk membuat persiapan menyambut bulan Ramadan dan Tahun Baru Cina.

Bagaimanakah semak nama penerima bantuan sara one off rm100 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: PERMOHONAN BANTUAN STR TAMBAHAN 2026 : CARA MOHON BANTUAN TAMBAHAN RM200, RM100 & RM50 JIKA LAYAK

APA ITU PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM100 2026?

SARA ONE-OFF ialah inisiatif kerajaan kepada semua rakyat Malaysia secara sekali pelaksanaan (sekali bayar) di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi meringankan kos sara hidup penerima.

Bantuan SARA ONE-OFF akan dilaksanakan seperti berikut :

  • Amaun Bantuan : RM100 (Sekali Bayaran);
  • Syarat Kelayakan : Semua warganegara Malaysia (berusia 18 tahun dan ke atas);
  • Kaedah Pembayaran : Bantuan RM100 disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima di bawah Program SARA;
  • Kegunaan : Boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang mempunyai label MyKasih / SARA, di kedai berdaftar dengan pembayaran menggunakan MyKad.

PROGRAM BANTUAN SARA 2026

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :

  • SARA eKasih : Bantuan bulanan SARA kepada penerima STR yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih.
  • SARA bukan eKasih : Bantuan bulanan SARA kepada semua penerima STR sahaja (tidak berdaftar dalam Sistem eKasih)
  • SARA ONE-OFF : Bantuan SARA RM100 (sekali bayar) kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira status dan pendapatan. Turut diberikan kepada penerima SARA sedia ada.

Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMASARA EKASIHSARA BUKAN EKASIHSARA ONE-OFF
(SEKALI BAYAR)
Isi RumahRM200 Sebulan
(Januari – Disember)
RM100 Sebulan
(Januari – Disember)
RM100
(Pertengahan Februari)
Warga Emas Tiada PasanganRM150 Sebulan
(Januari – Disember)
RM50 Sebulan
(Januari – Disember)
RM100
(Pertengahan Februari)
BujangRM100 Sebulan
(Januari – Disember)
RM50 Sebulan
(Januari – Disember)
RM100
(Pertengahan Februari)

Catatan : Bantuan SARA ONE-OFF akan diberikan kepada SETIAP rakyat Malaysia termasuk penerima SARA sedia ada, di mana penerima sedia ada akan menerima bantuan bulanan seperti biasa serta tambahan one-off sebanyak RM100 pada Februari 2026.

PERMOHONAN BANTUAN SARA ONE OFF RM100

Tiada sebarang permohonan diperlukan untuk bantuan SARA ONE-OFF. Individu yang memenuhi syarat kelayakan bantuan akan menerima bayaran RM100 secara automatik melalui MyKad (Kad Pengenalan).

SEMAK NAMA PENERIMA BANTUAN SARA ONE OFF RM100

Status kelayakan penerima SARA ONE-OFF boleh di semak secara online di Portal Rasmi SARA seperti berikut:

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi SARA: https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama SARA untuk Rakyat Malaysia yang layak.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah ONE-OFF.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Penghargaan SARA
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula (SARA ONE-OFF): Pertengahan Februari 2026
    • Tarikh Program Berakhir (Tarikh Luput Kredit) : Disember 2026
    • Baki (RM) : 100.00 (mengikut kelayakan penerima)
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

SEMAK MANFAAT BANTUAN SARA ONE OFF RM100 2026

Penerima SARA ONE-OFF RM100 boleh menggunakan kredit bantuan RM100 yang disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk membeli kategori barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar seperti :

  • Makanan Asas;
  • Makanan dan Minum;
  • Makanan Dalam Tin;
  • Barangan Kebersihan Rumah;
  • Produk Penjagaan Diri;
  • Ubat-ubatan;
  • Barang Keperluan sekolah.

Untuk mendapatkan barangan dengan pembayaran menggunakan MyKad, penerima boleh mengunjungi kedai yang berdaftar seperti :

  • Pasar raya besar (Contoh : Mydin/Giant/Econsave/Pacific/Lotus Stores);
  • Pasar raya mini (Contoh : 99 Speedmart);
  • Kedai Runcit berdaftar;

Senarai penuh kedai yang berdaftar di bawah Program SARA, boleh rujuk di Portal Rasmi SARA : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

CARA GUNA BANTUAN SARA ONE OFF RM100

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang diluluskan.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  6. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment