PERMOHONAN BANTUAN STR TAMBAHAN 2026 : CARA MOHON BANTUAN TAMBAHAN RM200, RM100 & RM50 JIKA LAYAK

PERMOHONAN BANTUAN STR TAMBAHAN 2026 : CARA MOHON BANTUAN TAMBAHAN RM200, RM100 & RM50 JIKA LAYAK

Terkini! Dalam pembentangan belanjawan 2026, semua penerima STR kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan yang tiada dalam senarai eKasih akan turut menerima bantuan tambahan STR (SARA) bagi memenuhi keperluan asas penerima.

Bagaimanakah permohonan bantuan str tambahan 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN IC RM100 FASA DISEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN

PENGENALAN BANTUAN STR TAMBAHAN

Bantuan STR tambahan ialah bantuan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai bantuan secara bulanan yang dilaksanakan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk memenuhi keperluan asas penerima.

Pelaksanaan STR Tambahan adalah berbeza dengan STR di mana bantuan dilaksanakan seperti berikut :

  • Penerima bantuan tambahan STR akan menerima bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas;
  • Secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad penerima.
  • Boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih dengan pembayaran menggunakan MyKad.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR TAMBAHAN 2026

Syarat Kelayakan STR Tambahan (SARA) 2026, terdiri daripada :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus eKasih; dan
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Bukan eKasih; dan
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan

Nota penting : Kelayakan penerima STR Tambahan (SARA) adalah secara automatik berdasarkan data penerima STR dan berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

Namun, sekiranya semakan status menunjukkan tidak layak atau anda belum pernah memohon bantuan STR, permohonan STR 2026 perlu dilakukan terlebih dahulu untuk melayakkan anda menerima bantuan tambahan.

AMAUN BANTUAN STR TAMBAHAN 2026

Jumlah bantuan STR dan Bantuan Tambahan yang akan diberikan kepada penerima STR 2026, adalah seperti berikut:

  • Kadar Bantuan STR 2026;
KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN (SETAHUN)
Isi rumah berpendapatan
RM2500 ke bawah
Tiada Anak : RM700
1 hingga 2 Anak : RM1,200
3 hingga 5 Anak : RM1,700
5 Anak dan Ke atas : RM2,200
Isi rumah berpendapatan
RM2501 hingga RM5000
Tiada Anak : RM200
1 hingga 2 Anak : RM450
3 hingga 5 Anak : RM700
5 Anak dan Ke atas : RM950
Warga emas tiada pasanganRM600
BujangBayaran diganti dengan SARA
  • Kadar Bantuan Tambahan STR 2026 (SARA);
KATEGORI PENERIMABERDAFTAR EKASIH
(STR & EKASIH)
BUKAN EKASIH
(STR SAHAJA)
Isi RumahRM200 SebulanRM100 Sebulan
Warga Emas Tiada PasanganRM150 SebulanRM50 Sebulan
BujangRM100 SebulanRM50 Sebulan

PERMOHONAN BANTUAN STR TAMBAHAN 2026

Panduan Lengkap Cara Mohon Bantuan STR 2026 Online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
  3. ⁠Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
  5. ⁠Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  6. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  7. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  8. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  9. Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  10. ⁠Isikan status Perkahwinan Anda.
  11. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  12. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  13. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  14. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  15. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  16. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  17. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  18. Muat naik dokumen Sokongan.
  19. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  20. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  21. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  22. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  23. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  24. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  25. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  26. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  27. ⁠Selesai.

PENDAFTAR EKASIH

Individu yang berpendapatan bawah PGK semasa, boleh membuat pendaftaran di Sistem eKasih untuk menerima bantuan tambahan STR (SARA) di bawah kategori penerima yang berdaftar eKasih.

Panduan Lengkap Pendaftaran Sistem eKasih adalah seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
  4. Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
  5. Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
  6. Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40419920
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7457103
    • PPN Sarawak : 082-492957
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
  8. Selesai.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment