LINK KEMASKINI MYSTR 2026 : SILA PASTIKAN ANDA KEMAS KINI MAKLUMAT TERKINI SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR DARI SENARAI PENERIMA FASA 1
Portal MySTR untuk kemas kini maklumat masih di buka dan akan di tutup dalam masa terdekat untuk pemohon menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1, 2026. Kemas kini diperlukan sekiranya pemohon mempunyai sebarang perubahan maklumat peribadi untuk memastikan nama pemohon tidak tercicir dari senarai penerima Fasa 1.
Apakah link untuk kemaskini mystr 2026? Ikuti Info lanjut disini.
LINK KEMASKINI MYSTR 2026
Kemas kini maklumat permohonan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi MySTR di pautan berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
KEPENTINGAN KEMASKINI MYSTR 2026
Kemas kini MySTR diperlukan sekiranya :
- Mempunyai Perubahan Maklumat Peribadi atau Maklumat Asas Terkini :
- Nombor Telefon Bimbit;
- Alamat Surat Menyurat;
- Alamat e-Mel;
- Maklumat Akaun Bank Pemohon / Pasangan; dan
- Maklumat Waris;
- Tidak kemas kini maklumat selama tiga (3) tahun berturut-turut; atau
- Jika bayaran berstatus ‘Gagal Kredit’ – (Kemas kini maklumat akaun bank).
Catatan : Kemas kini maklumat amat penting untuk memastikan semakan status bayaran penerima adalah berstatus ‘LULUS’ dan melancarkan proses pembayaran bantuan kepada penerima.
TARIKH KEMASKINI MYSTR 2026
Kemaskini MySTR boleh dilakukan bila-bila masa dan dibuka sepanjang tahun 2026. Namun, sekiranya anda ingin kemaskini untuk pembayaran Fasa 1, kemaskini perlu dilakukan dalam tempoh berikut :
| TARIKH BUKA | TARIKH TUTUP (FASA 1) |
|---|---|
| 13 Oktober 2025 | 28 November 2025 |
CARA KEMASKINI MYSTR 2026
Kemas kini maklumat permohonan STR boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Secara dalam talian di Portal Rasmi MySTR; atau
- Penghantaran Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan STR ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC).
Panduan Lengkap Cara Kemas kini STR secara online seperti berikut :
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman Utama Portal mySTR akan dipaparkan.
- Tekan butang Log Masuk untuk membuat Kemaskini Permohonan.
- Anda akan dibawa ke halaman Semakan Pemohon.
- Klik butang [Semak] dan Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan. (Jika masih belum mendaftar, pastikan anda mendaftar akaun baru terlebih dahulu).
- Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
- Klik pada [Kemas kini Permohonan].
- Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat seperti:
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Status Perkahwinan.
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat dan Nombor Akaun Bank yang masih aktif.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Kemaskini Maklumat Asas Pasangan dan Anak (Status Perkahwinan : Berkahwin)
- Kemasikini Maklumat Waris.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
- Klik pada butang [Hantar].
- Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN MYSTR 2026
Kadar pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR MAKSIMUM BAYARAN (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM2500 ke bawah | Tiada Anak : RM700 1 hingga 2 Anak : RM1,200 3 hingga 5 Anak : RM1,700 5 Anak dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM2501 hingga RM5000 | Tiada Anak : RM200 1 hingga 2 Anak : RM450 3 hingga 5 Anak : RM700 5 Anak dan Ke atas : RM950 |
| Warga emas tiada pasangan | RM600 |
| Bujang | Bantuan diganti dengan SARA |
Jumlah pembayaran bagi setiap Fasa belum diumumkan, dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
CARA PEMBAYARAN MYSTR
Kaedah Pembayaran STR 2026 adalah seperti berikut:
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) jika tiada akaun bank atau status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]