DAFTAR STR TAMBAHAN 2026 : CARA MOHON BANTUAN TAMBAHAN JIKA ANDA CUKUP SYARAT PERMOHONAN
Semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas bakal menerima bantuan tambahan STR secara bulanan dengan kadar diberikan mengikut kelayakan masing-masing.
Bagaimanakah cara mohon str tambahan 2026? Ikuti Info lanjut disini.
APA ITU STR TAMBAHAN 2026?
STR Tambahan merujuk kepada bantuan tambahan yang diberikan kepada semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara bulanan dalam bentuk barang keperluan asas.
Bantuan STR tambahan (SARA) akan dilaksanakan seperti berikut :
- Bantuan Bulanan melalui Program SARA;
- Disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima;
- Boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar.
- Kelayakan penerima adalah secara automatik berdasarkan data STR dan Sistem eKasih.
SIAPA YANG LAYAK STR TAMBAHAN?
Syarat Kelayakan STR Tambahan 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
JUMLAH STR TAMBAHAN 2026
Kadar bantuan tambahan yang akan diberikan kepada penerima STR melalui Program SARA, adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | DAFTAR EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan | RM100 Sebulan |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Sebulan | RM50 Sebulan |
| Bujang | RM100 Sebulan | RM50 Sebulan |
DAFTAR STR TAMBAHAN 2026
Penerima STR akan menerima SARA secara automatik. Namun, sekiranya anda belum pernah memohon bantuan STR, anda boleh mohon STR 2026 di sini :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
- Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan status Perkahwinan Anda :
- Kahwin;
- Cerai;
- Kematian Pasangan;
- Bujang (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh).
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
DAFTAR SISTEM E-KASIH
Isi Rumah yang berpendapatan bawah PGK semasa, boleh membuat pendaftaran di Sistem eKasih untuk menerima bantuan SARA yang berdaftar eKasih.
Panduan Lengkap Pendaftaran Sistem eKasih adalah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
- Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
- Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
- Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
- Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]