MOHON STR TAMBAHAN 2026 : CARA REGISTER PERMOHONAN BANTUAN TAMBAHAN BERJUMLAH RM100, RM200, RM50 SETIAP BULAN DAPAT
Bermula tahun 2026, semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas bakal menerima bantuan secara bulanan dalam bentuk barangan keperluan asas sebagai bantuan tambahan kepada STR.
Bagaimanakah cara mohon str tambahan 2026? Ikuti Info lanjut disini.
APA ITU STR TAMBAHAN?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah program bantuan kewangan oleh Kerajaan kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) untuk menampung kos sara hidup.
Melalui program ini, setiap penerima akan turut menerima bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan secara bulanan dalam bentuk barangan asas dimana kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR dan Sistem eKasih.
CARA PELAKSANAAN STR TAMBAHAN 2026
STR tambahan akan dilaksanakan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di mana bantuan akan disalurkan seperti berikut :
- Bantuan Setiap Bulan;
- Bantuan Tanpa Tunai (cashless) – disalurkan melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima;
- Boleh digunakan hanya untuk membeli barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai yang berdaftar.
- Contoh Barang Asas :
- Beras;
- Telur;
- Tepung;
- Roti;
- Biskut;
- Mi Segera;
- Minuman;
- Minyak Masak;
- Bahan Perasa;
- Makanan Dalam Tin;
- Produk Penjagaan Diri;
- Barangan Kebersihan Rumah;
- Ubat-ubatan;
- Barang Keperluan sekolah.
SYARAT KELAYAKAN STR TAMBAHAN 2026
Syarat Kelayakan Bantuan MySTR Tambahan 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
AMAUN STR TAMBAHAN 2026
Jumlah bantuan tambahan yang akan diberikan kepada penerima STR 2026, adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | DAFTAR EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 (RM200 Sebulan) | RM1,200 (RM100 Sebulan) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,800 (RM150 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
| Bujang | RM1,200 (RM100 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
CARA MOHON STR TAMBAHAN 2026
Penerima STR akan menerima SARA secara automatik. Oleh itu, individu yang belum pernah memohon bantuan STR, anda boleh mohon STR 2026 di sini :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
- Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan status Perkahwinan.
- Bujang (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh).
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
PENDAFTARAN SISTEM E-KASIH
Isi Rumah yang berpendapatan bawah PGK semasa, boleh membuat pendaftaran di Sistem eKasih untuk menerima bantuan SARA yang berdaftar eKasih.
Panduan Lengkap Pendaftaran Sistem eKasih adalah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
- Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
- Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
- Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
- Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]