PENDAFTARAN STR TAMBAHAN 2026 : CARA MOHON BANTUAN TAMBAHAN RM200, RM100, RM50

PENDAFTARAN STR TAMBAHAN 2026 : CARA MOHON BANTUAN TAMBAHAN RM200, RM100, RM50

Mungkin dengan bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) sahaja tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup rakyat. Oleh itu, kerajaan turut menyediakan bayaran Bantuan STR Tambahan (Sumbangan Asas Rahmah).

Bagaimanakah cara pendaftaran STR Tambahan? Rujuk panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : SEMAK STATUS EWALLET RM300 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK & MOHON SEGERA SEBELUM TARIKH TUTUP

CARA AGIHAN STR TAMBAHAN 2026

Berikut adalah cara-cara agihan Bantuan STR dan juga Bantuan Tambahan kepada penerima untuk tahun 2026 :

  • Pengagihan Bantuan STR 2026 :
    • Penerima Ada Akaun Bank :
      • Akan terima bayaran STR melalui akaun bank pada Fasa 1, 2, 3 dan 4.
    • Penerima Tiada Akaun Bank :
      • Akan terima bayaran STR di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) pada Fasa 1, 2, 3 dan 4.
  • Pengagihan Bantuan STR Tambahan 2026 :
    • Semua penerima di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan W.P Labuan akan terima bayaran Bantuan STR Tambahan dengan cara yang sama iaitu dibayar melalui kad pengenalan penerima pada setiap bulan untuk 12 bulan.

KADAR BANTUAN STR TAMBAHAN 2026

Bantuan STR Tambahan akan diberikan dengan kadar yang berbeza mengikut kelayakan peenrima seperti berikut :

  • Penerima STR Berstatus Miskin & Miskin Tegar (Daftar e-Kasih) :
KATEGORI
PENERIMA
KADAR BANTUAN
STR
KADAR BANTUAN
STR TAMBAHAN
Isi Rumah0 anak : RM700
1-2 anak : RM1,200
3-4 anak : RM1,700
>5 anak : RM2,200
RM200 sebulan
hingga
RM2,400 setahun
Warga EmasRM600RM150 sebulan
hingga
RM1,800 setahun
BujangRM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
  • Penerima STR Berstatus Asas Bukan Miskin (Bukan e-Kasih) :
KATEGORI
PENERIMA
KADAR BANTUAN
STR
KADAR BANTUAN
STR TAMBAHAN
Isi Rumah B400 anak : RM700
1-2 anak : RM1,200
3-4 anak : RM1,700
>5 anak : RM2,200
RM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
Isi Rumah M400 anak : RM200
1-2 anak : RM450
3-4 anak : RM700
>5 anak : RM950
RM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
Warga EmasRM600RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun
BujangRM50 sebulan
hingga
RM600 setahun

KRITERIA PENERIMA STR TAMBAHAN 2026

Bantuan STR Tambahan akan diberikan kepada mereka yang menepati kriteria-kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN MISKINKELAYAKAN ASAS
Warga
negara
MalaysiaMalaysia
Kategori
Penerima
Isi Rumah
Warga Emas
Bujang
Isi Rumah B40
Isi Rumah M40
Warga Emas
Bujang
Kadar
Pendapatan
Bawah Garis Kemiskinan
Semasa (PGK)
RM2,500 hingga RM5,000
Status Permohonan
STR
LulusLulus
Status Pendaftaran
e-Kasih
Tersenarai dalam rekodTidak tersenarai

PENDAFTARAN STR TAMBAHAN 2026

Individu dengan pendapatan bawah garis kemiskinan semasa (PGK) boleh mendaftar e-Kasih untuk mendapatan Bantuan STR Tambahan dengan kadar tertinggi. Ikuti cara pendaftaran berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
  4. Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
  5. Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
  6. Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800
  7. Selesai.

PERMOHONAN STR TAMBAHAN 2026

Untuk mendapatan bayaran Bantuan STR Tambahan, pemohon perlu kemukakan permohonan STR secara online seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang [Permohonan Baharu].
  3. ⁠Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
  6. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
  7. Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
    • Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
    • (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  8. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  9. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  10. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  11. ⁠Muat naik dokumen Sokongan.
  12. ⁠Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
  13. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  14. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  15. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  16. Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  17. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  18. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR : 03-8882 4565 / 4566
  • Talian SARA : 03-7720 1800

Leave a Comment