PEMBAYARAN DUIT BANTUAN DALAM IC FASA NOVEMBER 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH

PEMBAYARAN DUIT BANTUAN DALAM IC FASA NOVEMBER 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH

Bagi mengelakkan berlaku sebarang ketirisan, bantuan diagihkan dengan cara yang cekap, telus dan selamat secara tanpa tunai menerusi IC (kad pengenalan) khas kepada rakyat dewasa Malaysia yang menenuhi kelayakan sahaja.

Bagaimanakah cara semakan pembayaran duit bantuan dalam IC Fasa November 2025? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH AKHIR GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC : ANDA BOLEH SEMAK SEGERA TARIKH TAMAT MYKASIH 2025

KEGUNAAN DUIT BANTUAN DALAM IC 2025

Duit Bantuan Dalam IC yang dikreditkan boleh digunakan untuk membeli barang keperluan berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman.
  • Makanan dalam tin.
  • Bahan perasa.
  • Produk kebersihan.
  • Ubat-ubatan.
  • Barangan persekolahan.

*Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam IC atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.

JADUAL BAYARAN DUIT BANTUAN DALAM IC FASA NOVEMBER 2025

Bayaran duit Bantuan Dalam IC dikreditkan mengikut jadual seperti berikut :

TARIKH MULA BAYARAN
FASA NOVEMBER
TARIKH AKHIR GUNA
BAYARAN DALAM IC
1 November 2025 (Sabtu)31 Disember 2025 (Rabu)

JUMLAH BAYARAN DUIT BANTUAN DALAM IC FASA NOVEMBER 2025

Berikut adalah jumlah bayaran duit Bantuan Dalam IC untuk Fasa November 2025 :

  • Kategori Isi Rumah :
    • Isi Rumah Miskin : RM200 / November.
    • Isi Rumah Asas : RM100 / November.
  • Kategori Warga Emas :
    • Warga Emas Miskin : RM150 / November.
    • Warga Emas Asas : RM50 / November.
  • Kategori Bujang :
    • Bujang Miskin : RM50 / November.
    • Bujang Asas : –

SEMAKAN PEMBAYARAN DUIT BANTUAN DALAM IC FASA NOVEMBER 2025

Untuk mengetahui status bayaran duit Bantuan Dalam IC untuk Fasa November, ikuti cara semakan berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor IC dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  5. Tunggu pengesahan ‘Verifikasi’ IC.
  6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  8. Selesai.

**Contoh paparan status & bayaran Bantuan Dalam IC :

Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah (SARA)
StatusLulus
Tarikh Program Bermula15/01/2025
Tarikh Program Berakhir31/12/2025
Baki (RM)200.00

TIPS PENGGUNAAN DUIT BANTUAN DALAM IC 2025

Semua penerima yang layak serta mempunyai duit Bantuan Dalam IC boleh menggunakannya mengikut tips seperti di bawah :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih SARA berhampiran (Rujuk senarai kedai terpilih di sini : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Bawa IC bersama anda.
  3. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli.
  4. Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  6. Pembayaran menggunakan IC dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  7. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment