TARIKH AKHIR GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC : ANDA BOLEH SEMAK SEGERA TARIKH TAMAT MYKASIH 2025
Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun 2025 iaitu seramai 22 juta rakyat dewasa yang menerima bayaran setiap bulan dan one-off (sekaligus) perlu menghabiskan baki duit bantuan yang ada dalam IC sebelum tarikh akhir.
Bagaimanakah semakan tarikh akhir guna duit Bantuan SARA dalam IC? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
TARIKH PENGKREDITAN DUIT BANTUAN SARA DALAM IC
Pengkreditan duit Bantuan SARA dalam IC untuk semua penerima bagi sepanjang tahun 2025 adalah mengikut jadual pengkreditan berikut :
| TARIKH KREDIT SARA 0.7 JUTA PENERIMA MISKIN | TARIKH KREDIT SARA 4.7 JUTA PENERIMA ASAS | TARIKH KREDIT SARA 16.6 JUTA RAKYAT |
|---|---|---|
| 15/01/2025 | – | – |
| 01/02/2025 | – | – |
| 01/03/2025 | – | – |
| 01/04/2025 | 01/04/2025 | – |
| 01/05/2025 | 01/05/2025 | – |
| 01/06/2025 | 01/06/2025 | – |
| 01/07/2025 | 01/07/2025 | – |
| 01/08/2025 | 01/08/2025 | – |
| 31/08/2025 | 31/08/2025 | 31/08/2025 |
| 01/09/2025 | 01/09/2025 | – |
| 01/10/2025 | 01/10/2025 | – |
| 01/11/2025 | 01/11/2025 | – |
| 01/12/2025 | 01/12/2025 | – |
TARIKH AKHIR GUNA DUIT BANTUAN SARA DALAM IC
Peringatan penting, semua penerima sama ada penerima setiap bulan mahupun one-off, duit Bantuan SARA yang ada dalam IC perlu digunakan sebelum tarikh akhir seperti berikut :
| PENERIMA MISKIN | PENERIMA ASAS | RAKYAT DEWASA |
|---|---|---|
| 31/12/2025 | 31/12/2025 | 31/12/2025 |
AMAUN PENGKREDITAN DUIT BANTUAN SARA DALAM IC
Seramai 22 juta penerima akan terima duit Bantuan SARA dalam IC dengan amaun yang berbeza-beza seperti berikut :
- 0.7 juta Penerima Miskin akan terima Bantuan SARA sebanyak :
| ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
|---|---|---|
| RM100 (Jan – Mac) RM200 (Apr – Dis) | RM100 (Jan – Mac) RM150 (Apr – Dis) | RM50 (Jan – Dis) |
| RM100 (Ogos) One-off | RM100 (Ogos) One-off | RM100 (Ogos) One-off |
| = RM2,200 | = RM1,750 | = RM700 |
- 4.7 juta Penerima Asas akan terima Bantuan SARA sebanyak :
| ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
|---|---|---|
| RM100 (Apr – Dis) | RM50 (Apr – Dis) | – |
| RM100 (Ogos) One-off | RM100 (Ogos) One-off | RM100 (Ogos) One-off |
| = RM1,000 | = RM550 | = RM100 |
- 16.6 juta Rakyat Dewasa akan terima Bantuan SARA sebanyak :
| ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
|---|---|---|
| – | – | – |
| RM100 (Ogos) One-off | RM100 (Ogos) One-off | RM100 (Ogos) One-off |
| = RM100 | = RM100 | = RM100 |
CARA HABISKAN DUIT BANTUAN SARA DALAM IC
Duit Bantuan SARA yang masih ada dalam IC penerima perlu dihabiskan untuk beli barang-barang keperluan asas mengikut cara-cara seperti berikut :
- Sila bawa IC bersama dan kunjungi kedai runcit / pasar raya / pasar mini berdaftar SARA yang berhampiran anda.
- Pilih barang keperluan asas yang mempunyai label SARA pada rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang mempunyai sistem bayaran SARA MyKasih.
- Hulurkan IC kepada juruwang yang bertugas untuk membuat pengesahan penerima dan baki.
- Juruwang akan menyatakan baki Bantuan SARA yang ada dalam IC.
- Seterusnya, juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih berdasarkan baki yang ada.
- Sekiranya barang melebihi baki Bantuan SARA, penerima perlu membayar lebihan secara tunai.
- Bayaran akan disahkan dengan menggunakan IC penerima.
- Resit dan IC akan dikembalikan kepada penerima.
SEMAK BAKI DUIT BANTUAN SARA DALAM IC
Baki duit Bantuan SARA yang ada dalam IC boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah, iaitu melalui :
- Portal MyKasih; atau
- Aplikasi MyKasih.
Ikuti kedua-dua cara semakan baki Bantuan SARA di bawah :
- Cara Semakan Baki Bantuan SARA Melalui Portal MyKasih :
- Layari pautan Portal MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal MyKasih akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian semakan status akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor IC pada ruang yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status dan baki Bantuan SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semakan Baki Bantuan SARA Melalui Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasiMyKasihdalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Anda akan dipaparkan dengan dua (2) pilihan menu, iaitu :
- [PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] dan [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off].
- Pilih menu [SARA Bulanan & PENGHARGAAN SARA RM100One-Off] di bawah.
- Kemudian, pengenalan SARA akan dipaparkan, sila klik butang [TERUSKAN].
- Sila klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor IC pada ruang yang disediakan.
- Klik pada butang [Verify you are human].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan bayaran duit Bantuan SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT SARA
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]