CARA SEMAKAN BAKI IC : SEMAK DUIT BANTUAN SARA MYKASIH DALAM MYKAD PENERIMA
IC rakyat Malaysia dicipta berasaskan cip yang boleh digunakan menyimpan wang untuk bayaran Touch n Go. Selain itu, kerajaan turut menyalurkan Bantuan SARA MyKasih dalam IC dan ianya boleh digunakan untuk penerima membuat pembelian secara tanpa tunai (cashless).
Bagaimanakah cara semakan baki IC? Ikuti panduan lengkap di bawah.
JUMLAH BAKI DALAM IC
Berikut adalah jumlah bayaran bantuan setiap bulan ke dalam IC penerima :
| PENERIMA STATUS MISKIN | PENERIMA STATUS ASAS |
|---|---|
| Isi Rumah : RM100 – RM200 setiap bulan | Isi Rumah : RM100 setiap bulan |
| Warga Emas : RM100 – RM150 setiap bulan | Warga Emas : RM50 setiap bulan |
| Bujang : RM50 setiap bulan | Bujang : – |
Jika penerima tidak menggunakan bantuan dalam IC, baki terkumpul mungkin sebanyak berikut :
| PENERIMA STATUS MISKIN | PENERIMA STATUS ASAS |
|---|---|
| Isi Rumah : RM2,100 setahun | Isi Rumah : RM900 setahun |
| Warga Emas : RM1,650 setahun | Warga Emas : RM450 setahun |
| Bujang : RM600 setahun | Bujang : – |
CARA SEMAKAN BAKI IC
Ikuti cara-cara untuk semak baki bantuan yang ada dalam IC seperti berikut :
- Layari laman web portal SARA MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama SARA MyKasih akan dipaparkan.
- Layarkan skrin sedikit ke bawah.
- Terus klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor IC pada ruang yang disediakan.
- *pastikan Nombor IC tanpa sengkang (-) dan tanpa jarak.
- Tunggu Verifikasi disahkan.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status dan baki Bantuan SARA dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
**Contoh paparan status dan baki penerima yang layak :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah (SARA) |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 15/01/2025 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2025 |
| Baki (RM) | 200.00 |
CARA HABISKAN BAKI IC
Jika masih ada baki bantuan dalam IC, penerima boleh menghabiskan bantuan tersebut mengikut cara seperti berikut :
- Sila bawa bersama IC penerima.
- Kunjungi kedai runcit / pasar raya yang terdekat anda.
- Pilih barang keperluan asas yang terpilih (ada label SARA MyKasih).
- Setelah selesai memilih barang keperluan, pergi ke kaunter MyKasih.
- Hulurkan IC kepada juruwang untuk pengesahan baki.
- Juruwang akan imbas barang terpilih dengan had baki yang ada.
- Jika pembelian melebihi had baki, penerima perlu membayar secara tunai.
- Bayaran akan disahkan dengan menggunakan IC.
- Resit dan IC akan diberikan.
- Selesai.
JENIS BARANG BOLEH BELI GUNA IC
Antara jenis barang keperluan yang boleh dibeli dengan menggunakan bantuan dalam IC adalah seperti berikut :
- ๐ Beras.
- ๐ Roti.
- ๐ฅ Telur.
- ๐ข๏ธ Minyak masak.
- ๐พ Tepung.
- ๐ช Biskut.
- ๐ Mi segera.
- ๐ฅ Minuman.
- ๐ฅซ Makanan dalam tin.
- ๐ง Bahan perasa.
- ๐งผ Produk kebersihan.
- ๐ Ubat-ubatan.
- ๐ Barangan persekolahan.
TARIKH AKHIR GUNA BAKI IC
Bantuan yang dikreditkan dalam IC penerima yang berstatus miskin adalah bermula 15 Januari 2025 dan setiap bulan sehingga 1 Disember 2025. Manakala, pengkreditan dalam IC penerima berstatus asas bukan miskin pula adalah bermula 1 April 2025 setiap bulan sehingga 1 Disember 2025.
Namun, bantuan yang ada dalam IC boleh digunakan sehingga tarikh akhir berikut :
๐๏ธ Tarikh Akhir Guna Baki IC : 31 Disember 2025 (Rabu).
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti di talian dan laman berikut :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]