JUMLAH BANTUAN STR FASA 1 2026 : SEMAK KADAR BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH KEPADA PENERIMA YANG LAYAK
Setiap penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan akan menerima bayaran dengan kadar yang berbeza mengikut kelayakan masing-masing, dan bergantung kepada fasa permohonan mula diluluskan.
Berapakah jumlah bantuan str fasa 1 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: TARIKH PENGKREDITAN DUIT DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH ANDA
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR FASA 1 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), 2026 terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH BANTUAN STR FASA 1 2026
Kadar pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR MAKSIMUM BAYARAN (SETAHUN) | KADAR BAYARAN STR FASA 1 |
|---|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM 2500 ke bawah | Tiada Anak : RM700 1 hingga 2 Anak : RM1,200 3 hingga 5 Anak : RM1,700 5 Anak dan Ke atas : RM2,200 | Belum diumumkan, dan akan di kemas kini dari semasa ke semasa |
| Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM200 1 hingga 2 Anak : RM450 3 hingga 5 Anak : RM700 5 Anak dan Ke atas : RM950 | Belum diumumkan, dan akan di kemas kini dari semasa ke semasa |
| Warga emas tiada pasangan | RM 600 | Belum diumumkan, dan akan di kemas kini dari semasa ke semasa |
| Bujang | – | – |
Jumlah pembayaran bagi setiap Fasa belum diumumkan, dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
SEMAKAN STATUS BANTUAN STR FASA 1 2026
Semakan status kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara online adalah seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN STR
Kaedah Pembayaran STR 2026 adalah seperti berikut:
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
- Tiada Maklumat akaun bank; atau
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]