TARIKH PENGKREDITAN DUIT DALAM IC : SEMAK STATUS BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH

TARIKH PENGKREDITAN DUIT DALAM IC : SEMAK STATUS BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH

Pengkreditan duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dilaksanakan secara ansur setiap bulan ke dalam Kad IC iaitu Kad Pengenalan 5.4 juta penerima dalam pada masa dan tarikh yang sama pada setiap bulan.

Bilakah tarikh pengkreditan duit dalam IC? Ikuti jadual dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA SEMAK BAKI IC : CEK DUIT BANTUAN SARA MYKASIH DALAM MYKAD ANDA (PANDUAN LENGKAP)

TARIKH PENGKREDITAN DUIT DALAM IC

Semua 5.4 juta penerima akan terima pengkreditan duit Bantuan SARA MyKasih dalam IC mengikut tarikh yang sama seperti yang telah dijadualkan oleh Kerajaan di bawah :

PENGKREDITAN
KEPADA
PENERIMA
EKASIH
PENGKREDITAN
KEPADA
PENERIMA
ASAS
PENGKREDITAN
KEPADA
SEMUA
RAKYAT
15 Januari 2025
1 Februari 2025
1 Mac 2025
1 April 20251 April 2025
1 Mei 20251 Mei 2025
1 Jun 20251 Jun 2025
1 Julai 20251 Julai 2025
1 Ogos 20251 Ogos 202531 Ogos 2025
1 September 20251 September 2025
1 Oktober 20251 Oktober 2025
1 November 20251 November 2025
1 Disember 20251 Disember 2025

TARIKH AKHIR GUNA DUIT DALAM IC

Namun, penerima perlu menggunakan duit Bantuan SARA MyKasih yang ada dalam IC sebelum tarikh akhir yang ditetapkan seperti berikut :

JENIS PENERIMAANTARIKH AKHIR GUNA
Setiap bulan
(Penerima eKasih)
31 Disember 2025
Setiap bulan
(Penerima Asas)
31 Disember 2025
One-Off
(Semua Rakyat Dewasa)
31 Disember 2025

JUMLAH PENGKREDITAN DALAM IC

Bantuan SARA MyKasih yang dikreditkan dalam IC setiap penerima adalah sebanyak jumlah berikut :

  • Bantuan Untuk Penerima eKasih :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH PENGKREDITAN
Isi RumahRM200 setiap bulan
BujangRM50 setiap bulan
Warga EmasRM150 setiap bulan
  • Bantuan Untuk Penerima Asas :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH PENGKREDITAN
Isi RumahRM100 setiap bulan
Bujang
Warga EmasRM50 setiap bulan
  • Bantuan Untuk Semua Rakyat (termasuk eKasih & asas) :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH PENGKREDITAN
Isi RumahRM100 (suami) + RM100 (isteri)
one-off
BujangRM100 one-off
Warga EmasRM100 one-off

SENARAI BARANG BOLEH BELI GUNA DUIT DALAM IC

Hanya 14 jenis barang keperluan asas yang dibolehkan untuk beli guna duit Bantuan SARA MyKasih yang ada dalam IC :

  • ๐Ÿš Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • ๐Ÿž Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White dan sebagainya.
  • ๐Ÿฅš Telur : Nutriplus / QL eggs / CP dan sebagainya.
  • ๐Ÿ›ข๏ธ Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit dan sebagainya.
  • ๐ŸŒพ Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey dan sebagainya.
  • ๐Ÿช Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng dan sebagainya.
  • ๐Ÿœ Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap dan sebagainya.
  • โ˜• Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf dan sebagainya.
  • ๐Ÿฅซ Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup dan sebagainya.
  • ๐Ÿง‚ Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta dan sebagainya.
  • ๐Ÿงผ Produk penjagaan diri : Colgate / Dettol / Kotex dan sebagainya.
  • ๐Ÿ’Š Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam dan sebagainya.
  • ๐Ÿ“ Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler dan sebagainya.
  • ๐Ÿช  Produk kebersihan rumah : Top / Daia / Sunlight dan sebagainya.

CARA GUNA DUIT DALAM IC

Sekiranya duit Bantuan SARA MyKasih masih ada dalam IC, penerima boleh menggunakannya mengikut tatacara seperti berikut :

  1. Bawa bersama IC anda ke premis yang terpilih SARA MyKasih.
  2. Ambil barang keperluan asas mengikut senarai di atas.
    • Pastikan mempunyai label SARA MyKasih pada rak tanda harga.
  3. Pergi ke kaunter yang mempunyai label ‘Kaunter MyKasih’.
  4. Berikan Kad IC kepada juruwang untuk pengesahan.
  5. Juruwang akan menyatakan baki yang ada dan imbas setiap barang mengikut jumlah baki.
  6. Jika pembelian melebihi had baki, penerima perlu membayar secara tunai.
  7. Bayaran akan disahkan dan resit berserta Kad IC akan diberikan.
  8. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment