CARA TUNTUT SARA 2026 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK, JIKA LAYAK SEGERA DAFTAR BANTUAN SARA MYKASIH BARU
Pelaksanaan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membolehkan penerima yang layak untuk menerima bantuan bulanan dalam bentuk barangan asas yang boleh ditutut di kedai dan pasar raya berdaftar di bawah Program SARA di seluruh Malaysia.
Bagaimanakah cara tuntut sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SYARAT KELAYAKAN STR TAMBAHAN 2026 : SEMAK STATUS ANDA & RUJUK CARA DAFTAR BANTUAN INI
SYARAT KELAYAKAN SARA 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan SARA 2026 mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
AMAUN BAYARAN SARA 2026
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, akan disalurkan seperti berikut:
- SARA eKasih
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN | KADAR KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 | RM2,400 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 | RM1,800 |
| Bujang | RM100 | RM1,200 |
- SARA bukan eKasih (STR Sahaja)
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN | KADAR KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 | RM1,200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM50 | RM600 |
| Bujang | RM50 | RM600 |
CARA TUNTUT SARA 2026
Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menerima kredit bulanan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk penerima tuntut barangan keperluan asas yang diluluskan di pasar raya atau kedai runcit berdaftar menggunakan MyKad.
Penerima boleh menggunakan kredit SARA untuk mendapatkan barangan keperluan asas dengan cara seperti berikut :
- Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA 2026
Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal SARA;
- Portal MySTR
Semakan di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 di : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Semakan di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
CARA MOHON SARA 2026
Bantuan SARA akan diberikan secara automatik kepada penerima STR sebagai bantuan tambahan. Oleh itu, jika anda belum pernah memohon bantuan STR, permohonan baharu perlu dilakukan bagi melayakkan anda untuk turut menerima SARA:
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
- Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan status Perkahwinan Anda.
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]