PERMOHONAN STR FASA 1 : (2026) SEKIRANYA ANDA LAYAK BANTUAN INI SILA MOHON SEBELUM TARIKH TAMAT
Kerajaan menyeru agar semua rakyat dewasa di Malaysia yang benar-benar memerlukan serta memenuhi syarat-syarat kelayakan untuk kemukakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebelum tarikh tutup bagi penerimaan Fasa 1 2026.
Bagaimanakah cara permohonan STR Fasa 1? Ikuti panduan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK EWALLET RM300 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK & PANDUAN LENGKAP CARA PERMOHONAN
TARIKH PERMOHONAN STR FASA 1 2026
Supaya rakyat Malaysia yang benar-benar memerlukan dapat menikmati bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Kerajaan membuka permohonan dari peringkat ke peringkat. Berikut adalah tarikh permohonan yang dibuka dan akan ditutup untuk Fasa 1 2026 :
| TARIKH PERMOHONAN STR DIBUKA | TARIKH PERMOHONAN STR DITUTUP |
|---|---|
| 13 Oktober 2025 | 28 November 2025 |
SYARAT KELAYAKAN STR FASA 1 2026
Lain kategori lain syarat yang ditetapkan untuk memohon Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Ketahui syarat-syarat kelayakan untuk setiap kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang sebelum kemukakan sebarang permohonan.
Semak syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Warganegara Malaysia;
- Tiada had umur;
- Berkahwin (ada / tiada anak); atau
- Ibu / bapa tunggal (ada anak);
- Pendapatan bawah RM2,500 (B40); atau
- Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40).
- KATEGORI WARGA EMAS :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun ke atas;
- Tiada pasangan : bujang / balu / duda / janda;
- Pendapatan bawah RM2,500 atau sehingga RM5,000.
- KATEGORI BUJANG :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 19, 21 hingga 59 tahun;
- Bujang belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak);
- Pendapatan tidak melebihi RM2,500;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.
PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN STR 2026
Rakyat-rakyat Malaysia yang memenuhi syarat boleh kemukakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara manual di pejabatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau secara online melalui Portal Rasmi seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang [Permohonan Baharu].
- Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
- Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
- (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN STR FASA 1 2026
Setiap kategori yang terdiri daripada : Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang akan terima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan jumlah yang berbeza termasuk bayaran Fasa 1 yang dianggarkan sebanyak berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BAYARAN STR 2026 | BAYARAN FASA 1 |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1-2 anak : RM1,200 3-4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 | RM150 – RM500 (bergantung jumlah anak) |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1-2 anak : RM450 3-4 anak : RM700 >5 anak : RM950 | RM50 – RM200 (bergantung jumlah anak) |
| Warga Emas | RM600 | RM150 |
| Bujang | (ganti SARA) | – |
TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2026
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) lazimnya dilaksanakan pada musim perayaan dan bayaran untuk Fasa 1 dianggarkan akan dilaksanakan pada bulan Januari atau Februari (sebelum perayaan Tahun Baru Cina).
- Fasa 1 : Januari – Februari 2026 (anggaran).
*Bagaimanapun, tarikh bayaran untuk Fasa 1 akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa.
RUJUKAN LANJUT STR
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]