SEMAK EWALLET RM300 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK & PANDUAN LENGKAP CARA PERMOHONAN
Bantuan sebanyak RM300 sebulan mungkin cukup untuk menampung kos perbelanjaan bagi ketua isi rumah memenuhi keperluan seisi keluarga. Oleh itu, Kerajaan akan meneruskan pemberian Bantuan BINGKAS sebanyak RM300 sebulan yang akan dikreditkan dalam akaun eWallet penerima yang layak.
Bagaimanakah semak eWallet RM300? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN MYSTR TAMBAHAN 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK ANDA, JIKA LAYAK RUJUK CARA MOHON
PENGGUNAAN EWALLET RM300
Bantuan RM300 yang dikreditkan dalam akaun eWallet boleh digunakan untuk beli barang-barang keperluan asas seperti :
- Barang dapur :
- Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, sos cili, kicap, gula, garam.
- Lauk basah :
- Daging, ayam, ikan, sayur-sayuran.
- Minuman :
- Susu, Milo, Teh, Nescafe.
- Makanan dalam tin :
- Sardin, Tuna, Kacang panggang.
- Produk penjagaan diri :
- Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita.
- Ubat-ubatan :
- Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM.
- Barangan persekolahan :
- Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah, buku dan alat tulis.
- Produk kebersihan rumah :
- Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai.
JENIS EWALLET YANG TERIMA BANTUAN
Terdapat banyak aplikasi yang mempunyai akaun eWallet. Tetapi hanya satu (1) sahaja jenis aplikasi eWallet yang digunakan untuk pengkreditan Bantuan yang bernilai RM300 setiap bulan, iaitu :
📱 Aplikasi SELANGKAH – eWallet.
SYARAT LULUS EWALLET RM300 2026
Tips utama untuk permohonan diluluskan adalah pemohon perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. Oleh itu, untuk lulus permohonan Bantuan eWallet RM300 sebulan, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat di bawah :
- Warganegara Malaysia ✅
- Berkahwin atau ibu/bapa tunggal ✅
- Mempunyai 2 orang anak atau lebih (berumur bawah 18 tahun) ✅
- Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan ✅
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor lebih 10 tahun ✅
- Merupakan pengundi berdaftar di Selangor ✅
CARA PERMOHONAN EWALLET RM300
Sekiranya syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan memenuhi kriteria pemohon, ikuti cara permohonan Bantuan eWallet RM300 yang lengkap seperti di bawah :
- Layari Portal Rasmi BINGKAS di pautan ini :https://bingkasselangor.com/.
- Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor ID dan kata laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
- Bagi yang tiada akaun, sila klik butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] dan daftar akaun anda.
- Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
- Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
- Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
- Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
- *Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
- Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid salah seorang anak dan klik [Simpan].
- Setelah selesai, klik butang [Hantar].
- Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
- Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
- Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
- Permohonan telah berjaya dihantar.
- Selesai.
SEMAK EWALLET RM300 2026
Setelah menghantar permohonan, status kelayakan sebagai penerima Bantuan eWallet RM300 boleh disemak secara online melalui aplikasi seperti di bawah :
- Muat turun aplikasi ‘Selangkah’ melalui Apps Store / Play Store dalam telefon pintar anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Daftarkan akaun eWallet anda.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Log Masuk akaun eWallet yang telah didaftarkan.
- Buka bahagian [BINGKAS].
- Semak status kelayakan anda.
- Status kelayakan sebagai penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA EWALLET RM300
Sekiranya status yang dipaparkan adalah ‘Lulus / Layak’, Bantuan RM300 akan dikreditkan dalam akaun eWallet dan boleh terus digunakan mengikut cara-cara seperti berikut :
- Kunjungi premis yang berdaftar dengan BINGKAS.
- Pilih barang keperluan asas yang ingin dibeli.
- Pergi ke kaunter bayaran dan nyatakan kepada juruwang untuk menggunakan bayaran eWallet Selangkah.
- Juruwang akan imbas semua barang-barang yang dipilih.
- Buka aplikasi Selangkah di bahagian eWallet.
- Klik butang [Bayar] dan Kod QR akan dipaparkan.
- Juruwang akan imbas Kod QR tersebut dan sahkan bayaran.
- Resit pembelia akan diberikan.
INFO LANJUT
Maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah berkaitan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Untuk info yang lebih lanjut berkaitan bantuan ini, sila rujuk talian atau laman di bawah :
- Talian BINGKAS : 1800-22-6600.
- Tempat Pertanyaan : https://bingkasselangor.com/hubungi-kami.