SEMAKAN EWALLET RM300 2026 : SEMAK STATUS ANDA LAYAK SEBAGAI PENERIMA ATAU TIDAK & CARA REGISTER PERMOHONAN
Perlu diingatkan sekiranya pemohon berjaya lulus dalam permohonan Bantuan BINGKAS yang dikreditkan dalam eWallet, bantuan tersebut perlu dihabiskan setiap bulan untuk beli barang keperluan asas. Jika tidak dihabiskan, baki yang ada tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.
Bagaimanakah cara semakan & cara permohonan eWallet RM300 2026? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BAYARAN DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BANTUAN RAHMAH
JUMLAH BANTUAN EWALLET 2026
Bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat benar-benar memerlukan serta layak, Kerajaan akan mengkreditkan Bantuan BINGKAS secara ansur setiap bulan sebanyak jumlah yang tertera di bawah :
- RM300 setiap bulan sehingga RM3,600 setahun.
(Namun, penerima perlu menghabiskan RM300 setiap bulan kerana baki yang ada tidak akan dibawa ke bulan berikutnya).
JENIS APLIKASI EWALLET KREDIT RM300
Terdapat banyak aplikasi yang mempunyai akaun eWallet yang membolehkan pengguna untuk menyimpan dan memggunakannya bagi apa sahaja transaksi. Namun, hanya satu (1) sahaja aplikasi yang digunakan untuk mengkreditkan Bantuan RM300 sebulan, iaitu :
- Aplikasi SELANGKAH (yang boleh dimuat turun secara percuma oleh pemohon yang layak).
SYARAT KELAYAKAN EWALLET RM300 2026
Bantuan eWallet RM300 setiap bulan hanya akan diberikan khusus kepada rakyat yang benar-benar memenuhi kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berkahwin atau ibu / bapa tunggal;
- Mempunyai tanggungan sekurangnya 2 orang yang berumur bawah 18 tahun;
- Kadar pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lahir / menetap di Selangor lebih 10 tahun;
- Merupakan pengundi berdaftar di Selangor.
CARA PERMOHONAN EWALLET RM300 2026
Sekiranya anda memuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, ikuti cara permohonan Bantuan eWallet RM300 setiap bulan secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi BINGKAS di pautan ini :https://bingkasselangor.com/.
- Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor ID dan kata laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
- Bagi yang tiada akaun, sila klik butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] dan daftar akaun anda.
- Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
- Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
- Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
- Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
- *Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
- Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid salah seorang anak dan klik [Simpan].
- Setelah selesai, klik butang [Hantar].
- Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
- Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
- Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
- Permohonan telah berjaya dihantar.
- Selesai.
SENARAI DOKUMEN SOKONGAN EWALLET
Untuk mengukuhkan permohonan, anda perlu sertakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut :
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Pasangan);
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (anak-anak);
- Salinan Sijil Kematian / Penceraian / Laporan Polis (untuk ibu / bapa tunggal);
- Salinan Slip Gaji / Pencen terkini (untuk penjawat awam / pesara);
- Salinan penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada ketua Komuniti sepertu ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
SEMAKAN EWALLET RM300 2026
Setelah permohonan berjaya dihantar, status kelayakan sebagai penerima Bantuan eWallet RM300 setiap bulan boleh disemak secara online melalui aplikasi seperti berikut :
- Muat turun aplikasi ‘Selangkah’ melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Daftarkan akaun anda.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
- Buka bahagian [BINGKAS].
- Semak status kelayakan anda.
- Selesai.
INFO LANJUT
Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh rujuk pihak berwajib di talian dan laman pertanyaan di bawah :
- Talian Bantuan : 1800 22 6600.
- Laman Pertanyaan : https://bingkasselangor.com/hubungi-kami.
- Soalan Lazim : https://bingkasselangor.com/soalan-lazim.
Seorang ibu tunggal berumur 55 Dan tidak bekerja.