BANTUAN HASIL STR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

BANTUAN HASIL STR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Hasil daripada penyasaran semula subsidi dapat sehingga bernilai RM15 billion dan ianya dapat memberi manfaat kepada rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40 dan M40) melalui penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sepanjang tahun 2026.

Bagaimanakah semakan status Bantuan Hasil STR 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2026 : SEMAK SEGERA STATUS, JIKA LAYAK ANDA BOLEH KEMASKINI ATAU MOHON BARU DI PANDUAN TERKINI INI

CARA AGIHAN BANTUAN HASIL STR

Kerajaan menyediakan dua (2) cara agihan Bantuan Hasil Sumbangan Tunai Rahmah (STR) supaya penerima dapat menerima dengan mudah. Berikut adalah dua (2) cara agihan mengikut jenis penerima :

  1. Agihan Tunai Pada Kaunter Bank :
    • Bantuan akan diagihkan secara tunai pada kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau mana-mana kaunter yang bersesuaian kepada penerima yang tiada maklumat akaun bank atau yang tiada akses bank terutamanya yang berada di pedalaman Sabah dan Sarawak.
  2. Agihan Terus Ke Dalam Akaun Bank :
    • Bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima melalui sistem ‘IBG Fund Transfer’ bagi penerima yang mempunyai maklumat akaun bank yang aktif.

KADAR AGIHAN BANTUAN HASIL STR 2026

Kadar Bantuan Hasil Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diagihkan dengan adil mengikut kelayakan dan bilangan tanggungan (anak). Berikut adalah kadar agihan bagi tahun 2026 :

  • Isi Rumah B40 :
    • Tiada anak : RM700.
    • 1 – 2 anak : RM1,200.
    • 3 – 4 anak : RM1,700.
    • 5 anak ke atas : RM2,200.
  • Isi Rumah M40 :
    • Tiada anak : RM200.
    • 1 – 2 anak : RM450.
    • 3 – 4 anak : RM700.
    • 5 anak ke atas : RM950.
  • Bujang (Warga Emas) :
    • RM600.

TARIKH AGIHAN BANTUAN HASIL STR

Agihan Bantuan Hasil Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah dilaksanakan secara berfasa selamat empat (4) fasa seperti berikut :

  • Fasa 1 : Januari 2026.
  • Fasa 2 : Mac 2026.
  • Fasa 3 : Ogos 2026.
  • Fasa 4 : Oktober 2026.

*Namun, bayaran mungkin lebih awal dari jangkaan di atas dan ianya akan diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF) pada tahun 2026.

SEMAKAN STATUS BANTUAN HASIL STR

R 2026

Sebelum menyemak status kelayakan penerimaan Bantuan Hasil Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pastikan anda telah mendaftar akaun baharu di Portal STR 2026 di sini https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Jika pendaftaran akaun telah dibuka, ikuti cara semakan status berikut :

  1. Pergi ke pautan Portal STR 2026 di atas.
  2. Halaman utama Portal STR 2026 akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Log Masuk].
  4. Isikan ruangan dengan Nombor ID (Kad Pengenalan).
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  6. Nama anda akan dipaparkan sebagai ‘Kata Kunci Keselamatan’.
  7. Jika paparan nama tersebut betul, klik butang [Ya].
  8. Seterusnya, masukkan [Kata Laluan] yang sah dan betul.
  9. Klik pula pada butang [Log Masuk].
  10. Papan pemuka anda akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, sila klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status permohonan anda akan dipaparkan :
    • ‘Permohonan Diterima’ atau ‘Permohonan Dalam Proses’ atau ‘Lulus’ atau ‘Tidak Layak’.
  13. Selesai.

RUJUKAN LANJUT STR

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment