SEMAKAN RESULT STAM : CARA SEMAK KEPUTUSAN STAM 2025 (PANDUAN LENGKAP)

SEMAKAN RESULT STAM : CARA SEMAK KEPUTUSAN STAM 2025 (PANDUAN LENGKAP)

Berdasarkan rekod, seramai 4,443 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2025 di lebih 135 pusat peperiksaan seluruh Malaysia bermula pada 12 hingga 24 November 2025

Result (Keputusan) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk peperiksaan tahun 2025 akan diumumkan pada bulan Mei 2026 mengikut tahun-tahun sebelum ini seperti keputusan bagi tahun 2024 telah diumumkan pada 20 Mei 2025.

Bagaimanakah cara semakan result STAM? Ikuti panduan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : PANDUAN LENGKAP CARA KEMASKINI BANTUAN STR 2026 SUPAYA NAMA ANDA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

CALON STAM 2025

Calon yang telah mendaftar boleh mendapatkan result (keputusan) peperiksaan dari sekolah masing-masing mengikut tarikh yang akan diumumkan nanti. Manakala, calon persendirian boleh hubungi Pejabat Pendidikan Negeri tempat yang didaftarkan mengikut tarikh yang akan diumumkan.

APA ITU STAM?

STAM atau rasminya Sijil Tinggi Agama Malaysia adalah satu peperiksaan yang mula diperkenalkan sejak tahun 2000 daripada hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Sharif.

Ianya diperkenalkan bagi memastikan para pelajar lepasa Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dapat mengikuti satu sistem pendidikan yang diiktirad dari dalam dan juga luar negara.

TARIKH PEPERIKSAAN STAM 2025

Seramai 4,443 calon akan mula menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2025 bermula pada tarikh seperti berikut :

🗓️ Bermula 12 November 2025 hingga 24 November 2025.

BIDANG & MATA PELAJARAN STAM 2025

Berikut merupakan bidang dan mata pelajaran Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang masuk peperiksaan 2025 :

BIDANGMATA PELAJARAN
Bahasa Arab– Nahu dan Sarf
– Insya’ dan Mutala’ah
– Adab dan Nusus
– ‘Arudh dan Qafiyah
– Balaghah
Syariah– Fiqh
– Hadith dan Mustolah
Usuluddin– Hifz Al-Quran dan Tajwid
– Tauhid dan Mantiq
– Tafsir dan Ulumuhu

GRED TAKRIF RESULT STAM 2025

Berikut merupakan gred takrif pencapaian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) :

GRED PENCAPAIANKIRAAN TAKRIF
MumtazCemerlang
Jayyid JiddanSangat Baik
JayyidBaik
MaqbulLulus
RasibGagal

TARIKH RESULT STAM 2025

Keputusan (Result) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk tahun 2025 dijangka akan diumumkan pada bulan Mei 2026 dan tarikh semakan akan dikemaskini mengikut pengumumkan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

CARA SEMAKAN RESULT STAM 2025

Cara semakan result Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk tahun 2025 masih belum dinyatakan. Namun, pihak kami akan kemaskini semula bagaimana cara untuk membuat semakan mudah selepas ianya diumumkan secara rasmi.

Berikut pula merupakan cara semakan STAM yang lepas mungkin digunakan untuk tahun hadapan :

  1. Semakan Di Sekolah :
    • Calon sekolah boleh mendapatkan result peperiksaan di sekolah masing-masing bermula jam 10 Pagi dan calon persendidiran boleh hubungi jabatan pendidikan negeri untuk memperoleh result peperiksaan.
  2. Semakan Online :
    • Calon sekolah dan calon persendirian boleh buat semakan result secara online melalui pautan yang akan disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) nanti.
  3. Semakan Melalui SMS :
    • Selain itu, calon juga boleh buat semakan melalui pesanan ringkas (SMS) seperti berikut :
      • STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantarkan ke 15888.

SEMAKAN SEMULA STAM 2025

Para calon boleh buat semakan semula result Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) melalui Lembaga Peperiksaan KPM termasuk muat turun borang dan calon perlu membuat bayaran caj semakan semula.

Namun, calon perlu membuat semakan semula dalam tempoh 30 hari dari tarikh semakan dibuka dan caj sebanyak RM100 untuk satu mata pelajaran akan dikenakan kepada calon dan surat rasmi akan dikeluarkan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup semakan semula.

MAKLUMAT LANJUT

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Sila layari laman web rasmi KPM untuk maklumat lebih lanjut :

Leave a Comment