PERMOHONAN EWALLET RM300 2026 : DAFTAR SEGERA BANTUAN INI JIKA ANDA LAYAK SEBELUM TARIKH TUTUP (PANDUAN LENGKAP)

PERMOHONAN EWALLET RM300 2026 : DAFTAR SEGERA BANTUAN INI JIKA ANDA LAYAK SEBELUM TARIKH TUTUP (PANDUAN LENGKAP)

Keluarga dengan pendapatan tidak melebihi RM5,000 dan menjalani kehidupan di kepesatan ekonomi terutamanya di bandar pastinya sukar. Oleh itu, bagi mengurangkan cabaran ekonomi kepada keluarga B40, Kerajaan mewujudkan Bantuan eWallet yang dikreditkan sebanyak RM300 setiap bulan.

Bagaimanakah cara permohonan eWallet RM300? Ikuti panduan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BAYARAN DUIT SARA DALAM IC FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BANTUAN RAHMAH

PROSES PENERIMAAN EWALLET RM300

Bantuan e-Wallet RM300 bukan diberikan begitu sahaja. Namun, penerima perlu melalui proses-proses seperti berikut :

  1. Ketahui syarat-syarat kelayakan (sama ada layak atau tidak).
  2. Jika memenuhi syarat, kemukakan permohonan secara online.
  3. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  4. Sertakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan.
  5. Hantar permohonan secara online.
  6. Permohonan akan diproses oleh pihak Kerajaan.
  7. Jika diluluskan, pemohon akan dimaklumkan / boleh semak status.
  8. Muat turun aplikasi ‘Selangkah’ dan aktifkan akaun eWallet.
  9. Bantuan RM300 akan dikreditkan secara automatik setiap bulan.

JADUAL PENGKREDITAN EWALLET RM300

Pengkreditan Bantuan e-Wallet RM300 sebulan dijangka akan dilaksanakan mengikut jadual seperti berikut :

TARIKH PENGKREDITANJUMLAH BANTUAN
Januari 2026RM300
Februari 2026RM300
Mac 2026RM300
April 2026RM300
Mei 2026RM300
Jun 2026RM300
Julai 2026RM300
Ogos 2026RM300
September 2026RM300
Oktober 2026RM300
November 2026RM300
Disember 2026RM300
*Nota : Bantuan akan ditambah nilai ke tahap RM300 sahaja setiap bulan dan baki yang adalah tidak lagi boleh digunakan pada bulan berikutnya.

TIPS PENGGUNAAN BANTUAN EWALLET RM300

Setelah permohonan diluluskan dan Bantuan RM300 dikreditkan dalam akaun e-Wallet, penerima boleh menggunakannya mengikut tips di bawah :

  1. Sila ke pasaraya atau kedai (panel BINGKAS) yang terdekat.
  2. Pilih sahaja barang dapur atau keperluan lain.
  3. Pergi ke kaunter dan nyatakan kepada juruwang menggunakan bayaran e-Wallet.
  4. Juruwang akan imbas ID penerima melalui aplikasi ‘Selangkah’.
  5. Setiap barang yang dipilih akan disaring oleh juruwang.
  6. Buka aplikasi Selangkah di bahagian e-Wallet.
  7. Klik pada butang [Bayar] dan masukkan 6 digit PIN e-Wallet yang telah ditetapkan.
  8. Kod QR e-Wallet akan dipaparkan pada skrin.
  9. Juruwang akan imbas Kod QR tersebut untuk sahkan bayaran.
  10. Resit pembelian akan diberikan.

SYARAT KELAYAKAN EWALLET RM300 2026

Ketahui sama ada anda layak atau tidak memohon Bantuan e-Wallet RM300 sebulan jika memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara : Malaysia.
  • Had Umur : Tiada had.
  • Status Perkahwinan : Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal.
  • Tanggungan : Sekurangnya 2 orang yang berumur bawah 18 tahun.
  • Kadar Pendapatan : Tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • Tempat Lahir Pemohon / Menetap : Negeri Selangor.
  • Tempoh Menetap : Lebih 10 tahun.
  • Negeri Mengundi : Selangor.

PERMOHONAN EWALLET RM300 2026

Bantuan e-Wallet RM300 sebulan boleh dimohon secara online melalui laman permohonan yang dinyatakan di bawah :

  1. Sila klik pautan laman permohonan rasmi di sini : https://bingkasselangor.com/.
  2. Halaman utama BINGKAS akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan nombor ID dan kata laluan dan klik [Log Masuk] bagi yang telah mempunyai akaun.
  5. Bagi yang tiada akaun, sila klik butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] dan daftar akaun anda.
  6. Seterusnya, klik pada butang [Buat Permohonan].
  7. Masukkan butiran peribadi, alamat kediaman, status perkahwinan dan klik [Hantar].
  8. Masukkan pula maklumat pekerjaan dan pendapatan dan klik butang [Hantar].
  9. Klik pula pada butang [Tambah Anak] untuk masukan butiran anak / tanggungan.
    • *Ulang klik butang [Tambah Anak] untuk isi butiran anak seterusnya.
  10. Muat naik salinan Kad Pengenalan / MyKid salah seorang anak dan klik [Simpan].
  11. Setelah selesai, klik butang [Hantar].
  12. Tandakan pada kotak Maklumat Bantuan yang diterima dan klik [Hantar].
  13. Seterusnya, klik butang [Choose File] untuk muat naik dokumen sokongan yang diperlukan dan klik [Hantar].
  14. Tandakan pada kotak Persetujuan dan klik butang [Hantar].
  15. Permohonan telah berjaya dihantar.
  16. Selesai.

SENARAI DOKUMEN TAMBAHAN PERMOHONAN EWALLET

Untuk mengukuhkan lagi permohonan Bantuan e-Wallet, pemohon perlu menyediakan dokumen tambahan / sokongan yang diperlukan seperti berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Pasangan);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (anak-anak);
  • Salinan Sijil Kematian / Penceraian / Laporan Polis (untuk ibu / bapa tunggal);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada ketua Komuniti sepertu ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

MAKLUMAT LANJUT

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk :

Leave a Comment