SEMAK STATUS STR TAMBAHAN 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAK STATUS STR TAMBAHAN 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Setiap seorang pemohon Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjaya lulus permohonan, bukan sahaja akan terima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) malah akan turut menerima Bantuan Tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara automatik setiap bulan.

Bagaimanakah cara semak status STR Tambahan? Ikuti panduan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN EWALLET : SEMAK STATUS ANDA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA RM300 DALAM BENTUK E-WALLET

CARA AGIHAN STR TAMBAHAN 2026

Berikut adalah cara agihan Bantuan STR dan cara agihan Bantuan STR Tambahan bagi tahun 2026 :

  • Agihan STR 2026 :
    • Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diagihkan secara berfasa melalui bayaran terus ke akaun bank penerima atau secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Agihan STR Tambahan 2026 :
    • Bantuan Tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pula diagihkan secara ansur setiap bulan yang dikreditkan terus ke dalam Kad Pengenalan penerima.

NILAI BANTUAN STR TAMBAHAN 2026

Nilai bayaran Bantuan STR dan bayaran Bantuan Tambahan adalah berbeza bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

  • Bantuan STR 2026 (RM) :
KATEGORI
PENERIMA
TIADA
ANAK
1 – 2
ANAK
3 – 4
ANAK
> 5
ANAK
Isi Rumah
B40
7001,2001,7002,200
Isi Rumah
M40
200450700950
Warga Emas600
Bujang
  • Bantuan STR Tambahan 2026 (RM) :
KATEGORI
PENERIMA
DAFTAR
EKASIH
BUKAN
EKASIH
Isi Rumah B402,4001,200
Isi Rumah M401,200
Warga Emas1,800600
Bujang1,200600

JADUAL AGIHAN STR TAMBAHAN 2026

Bantuan STR dan Bantuan Tambahan akan diagihkan pada tarikh yang berbeza mengikut jadual di bawah :

JENIS BANTUANTARIKH AGIHAN
Bantuan STRFasa 1 : Januari 2026
Fasa 2 : Mac 2026
Fasa 3 : Ogos 2026
Fasa 4 : Oktober 2026
Bantuan STR TambahanJanuari 2026
Februari 2026
Mac 2026
April 2026
Mei 2026
Jun 2026
Julai 2026
Ogos 2026
September 2026
Oktober 2026
November 2026
Disember 2026
*Jadual di atas adalah anggaran sahaja. Bagaimanapun, akan dikemaskini semula apabila kerajaan mengumumkan tarikh bayaran yang rasmi.

SYARAT PENERIMA STR TAMBAHAN 2026

Penerima Bantuan STR Tambahan dipilih berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan di bawah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
  • Pendapatan bawah RM2,500 atau tidak melebihi RM5,000;
  • Kategori : Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
  • Berdaftar dan tersenarai dalam rekod data eKasih (bagi yang pendapatan bawah PGK semasa).

SEMAK STATUS STR TAMBAHAN 2026

Status kelayakan penerima Bantuan STR Tambahan boleh disemak secara online melalui Laman Web STR yang rasmi seperti di bawah :

  1. Sila klik pada pautan Laman Web STR Rasmi 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama STR, sila klik pada butang [Log Masuk].
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak].
  5. Nama pemohon akan dipaparkan sebagai ‘Kata Kunci Keselamatan’.
  6. Klik butang [Ya] jika nama yang dipaparkan adalah betul.
  7. Terus masukkan [Kata Laluan] seperti yang ditetapkan.
  8. Klik pada butang [Log Masuk] dan Papan Pemuka akan dipaparkan.
  9. Untuk semakan, sila klik pada butang [Semakan Permohonan].
  10. Status kelayakan STR dan tambahan (SARA) akan dipaparkan.
  11. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ)

  1. Adakah semua penerima STR akan secara automatik akan terima Bantuan Tambahan?
    • Ya, semua penerima STR akan secara automatik terima bayaran Bantuan Tambahan tanpa perlu kemukakan permohonan tambahan.
  2. Bagaimanakah cara guna Bantuan STR Tambahan?
    • Bantuan STR Tambahan akan dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan dan penerima perlu ke kedai atau pasaraya berdaftar dan pilih barang keperluan yang diluluskan dan bayar menggunakan Kad Pengenalan.
  3. Berapakah bayaran Bantuan STR Tambahan setiap bulan?
    • Isi Rumah B40 :
      • Daftar eKasih : RM200.
      • Bukan eKasih : RM100.
    • Isi Rumah M40 :
      • Bukan eKasih : RM100.
    • Warga Emas :
      • Daftar eKasih : RM150.
      • Bukan eKasih : RM50.
    • Bujang :
      • Daftar eKasih : RM100.
      • Bukan eKasih : RM50.
  4. Apakah barang keperluan asas yang boleh dibeli guna Bantuan STR Tambahan?
    • Barang dapur, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, produk kebersihan rumah, peralatan sekolah dan sebagainya.
  5. Bagaimanakah jika penerima tidak menggunakan Bantuan STR Tambahan dalam Kad Pengenalan pada bulan Januari?
    • Bantuan STR Tambahan yang ada dalam Kad Pengenalan dan tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama baki semasa.

RUJUKAN LANJUT

Maklumat yang kami sediakan dalam artikel ini adalah dirujuk daripada sumber yang sahih iaitu daripada Portal Rasmi STR dan SARA. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR dan SARA, sila rujuk pihak berwajib di talian, laman dan e-mel berikut :

Leave a Comment