SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN EWALLET (2026) : SEMAK STATUS ANDA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA RM300 DALAM BENTUK E-WALLET

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN EWALLET (2026) : SEMAK STATUS ANDA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA RM300 DALAM BENTUK E-WALLET

Kini, pelbagai aplikasi yang menyediakan akaun e-Wallet untuk memudahkan pengguna membuat pembayaran secara tanpa tunai (cashless). Pihak Kerajaan menyediakan Bantuan sebanyak RM300 setiap bulan yang akan dikreditkan ke dalam akaun e-Wallet melalui aplikasi Selangkah.

Bagaimanakah cara semakan kelayakan Bantuan eWallet? Ikuti panduan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : LINK KEMASKINI STR 2026 : ANDA DIKEHENDAKI KEMAS KINI MAKLUMAT SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

KADAR KREDIT BANTUAN EWALLET

Bagi membantu meringankan dan mengurangkan bebanan serta cabaran kos sara hidup rakyat, Kerajaan akan mengkreditkan Bantuan ke dalam akaun e-Wallet penerima yang layak sebanyak berikut :

KADAR PENGKREDITAN
SEBULAN
KADAR PENGKREDITAN
SETAHUN
RM300RM3,600
*Namun, baki yang tidak habis digunakan pada bulan sebelum TIDAK akan dibawa ke bulan berikutnya dan Bantuan akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET

Program Bantuan e-Wallet yang akan dikreditkan sebanyak RM300 hanya terbuka kepada rakyat-rakyat yang memenuhi dan menepati syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :

  • Warganegara : Malaysia.
  • Umur : Tiada had.
  • Status Perkahwinan : Berkahwin atau ibu / bapa tunggal.
  • Kadar Pendapatan : Tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • Negeri Asal / Menetap : Selangor (lebih 10 tahun menetap).
  • Tanggungan : Mempunyai sekurangnya 2 orang yang berumur bawah 18 tahun.
  • Tempat Mengundi : Selangor.

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN EWALLET

Setelah berjaya menghantar permohonan Bantuan e-Wallet secara online, pemohon boleh buat semakan status kelayakan dengan mudah seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi โ€˜Selangkahโ€˜ dalam telefon pintar anda melalui :
    • App Store / Play Store / App Gallery (mengikut kesesuaian jenis telefon).
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Lengkapkan pendaftaran akaun anda.
  4. Aktifkan akaun e-Wallet.
  5. Terus ke bahagian [BINGKAS].
  6. Semak status kelayakan permohonan anda.
  7. Status kelayakan akan dipaparkan.
  8. Selesai.

*Jika status memaparkan ‘Layak’ bayaran RM300 akan dikreditkan terus ke dalam akaun e-Wallet pada setiap bulan sepanjang tahun 2026

CARA GUNA BANTUAN EWALLET

Mudah sahaja untuk menggunakan Bantuan e-Wallet, penerima yang disahkan ‘Layak’ boleh membuat pembelian melalui cara-cara berikut :

  1. Kunjungi kedai / pasaraya yang berhampiran.
  2. Pilih barang-barang keperluan yang diperlukan (tidak lebih RM300).
  3. Pergi ke kaunter bayaran.
  4. Nyatakan kepada juruwang untuk pembayaran guna e-Wallet.
  5. Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih dan nyatakan jumlah.
  6. Buka aplikasi Selangkah di bahagian e-Wallet dan klik butang [Pay / Bayar].
  7. Kod QR akan dipaparkan.
  8. Juruwang akan imbas Kod QR tersebut dan sahkan bayaran.
  9. Resit pembelian akan diberikan.

SENARAI BARANG BOLEH BELI GUNA BANTUAN EWALLET

Bantuan RM300 yang dikreditkan dalam akaun e-Wallet pada setiap bulan dapat digunakan untuk beli barang-barang keperluan asas seperti senarai di bawah :

  • ๐Ÿš Beras.
  • ๐Ÿœ Mi dan Bihun.
  • ๐Ÿž Roti.
  • ๐Ÿช Biskut.
  • ๐Ÿฅš Telur.
  • ๐Ÿง‚ Gula dan Garam.
  • ๐Ÿฅซ Rempah ratus, Sos, Kicap dan sebagainya.
  • ๐ŸŒพ Tepung.
  • ๐Ÿ›ข๏ธ Minyak masak.
  • ๐Ÿฅฆ Sayuran dan buah-buahan.
  • ๐Ÿฅฉ Daging ayam, lembu dan, kambing dan ikan.
  • ๐Ÿฅ› Produk tenusu โ€“ susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.
  • ๐Ÿ’Š Ubat-ubatan
  • ๐Ÿงผ Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
  • ๐Ÿšผ Lampin pakai buang.
  • ๐Ÿ“ Barangan persekolahan โ€“ kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya.
  • ๐Ÿ“’ Perihal pendidikan โ€“ buku sekolah / akademik.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan ‘Bantuan e-Wallet BINGKAS’, anda boleh buat rujukan melalui pihak berwajib di talian dan laman berikut :

Leave a Comment