SEMAKAN SARA BUJANG 2026 : SEMAK STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH
Untuk tahun 2026, golongan Bujang tidak akan terima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) namun sebaliknya digantikan dengan bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan untuk sepanjang tahun 2026.
Bagaimanakah cara semakan SARA Bujang 2026? Ikuti panduan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : STR TAMBAHAN 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA PERMOHONAN (PANDUAN LENGKAP)
JUMLAH BAYARAN SARA BUJANG 2026
Bantuan SARA akan dibayar kepada golongan Bujang untuk tahun 2026 dengan jumlah sebanyak berikut :
| KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN SARA 2026 |
|---|---|
| Bujang Miskin | RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun |
| Bujang Asas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun |
SYARAT KELAYAKAN SARA BUJANG 2026
Untuk menerima bayaran Bantuan SARA, golongan bujang mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kewangan (MOF) seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN MISKIN | KELAYAKAN ASAS |
|---|---|---|
| Warga negara | Malaysia | Malaysia |
| Umur | 21 – 59 tahun | 21 – 59 tahun |
| Status Perkahwinan | Bujang / balu / duda / janda | Bujang / balu / duda / janda |
| Kadar Pendapatan | Bawah garis PGK Semasa | Tidak lebih RM2,500 sebulan |
| STR | Lulus | Lulus |
| e-Kasih | Tersenarai dalam rekod data | Tidak tersenarai |
SEMAKAN SARA BUJANG 2026
Untuk semakan status Bantuan SARA, golongan bujang boleh layari pautan log masuk di sini https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login dan ikuti panduan lengkap di bawah :
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Nama pemohon akan dipaparkan sebagai ‘Kata Kunci Keselamatan’.
- Jika kata kunci tersebut betul, sila klik butang [Ya].
- Kemudian, masukkan Kata Laluan yang telah ditetapkan.
- Terus klik ke butang [Log Masuk].
- ‘Papan pemuka’ pemohon akan dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN SARA BUJANG 2026
Bayaran Bantuan SARA dikreditkan setiap bulan untuk sepanjang tahun 2026 kepada golongan bujang mengikut tarikh seperti berikut :
- Januari 2026.
- Februari 2026.
- Mac 2026.
- April 2026.
- Mei 2026.
- Jun 2026.
- Julai 2026.
- Ogos 2026.
- September 2026.
- Oktober 2026.
- November 2026.
- Disember 2026.
*Bagi bayaran SARA secara one-off pula dikreditkan pada pertengahan bulan Februari 2026.
KAEDAH KREDIT BANTUAN SARA 2026
Pengkreditan Bantuan SARA kepada semua golongan (termasuk bujang) akan dilaksanakan melalui kaedah yang sama seperti berikut :
- Bujang Semananjung Malaysia :
- Dikreditkan secara automatik setiap bulan terus ke dalam Kad Pengenalan penerima khas untuk digunakan bagi pembelian secara tanpa tunai (cashless).
- Bujang Sabah, Sarawak & W.P Labuan :
- Dikreditkan secara automatik setiap bulan terus ke dalam Kad Pengenalan penerima khas untuk digunakan bagi pembelian secara tanpa tunai (cashless).
KEGUNAAN BANTUAN SARA BUJANG
Golongan bujang yang menerima Bantuan SARA melalui Kad Pengenalan boleh menggunakannya untuk beli barang-barang keperluan asas yang disenaraikan seperti berikut :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
*Namun, penerima tidak boleh menggunakannya untuk pembelian minyak petrol, tambah nilai, bayaran tol, bayaran pengangkutan awam dan sebagainya.
MAKLUMAT LANJUT SARA
Semua maklumat yang kami tulis dalam artikel ini adalah daripada maklumat yang sahih dalam portal MyKasih SARA. Namun, sekiranya pihak tuan / puan mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan maklumat Bantuan SARA, sila rujuk pada talian dan laman di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]