SARA DALAM MYKAD 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & CARA REGISTER PERMOHONAN
Inisitiaf Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) yang dikreditkan dalam MyKad bukanlah sesuatu yang baru untuk rakyat Malaysia kerana Kerajaan MADANI telah memperkenalkannya sejak tahun 2023 lagi dan diteruskan pula untuk tahun 2026 dengan meluaskan pemberian kepada 9 juta rakyat.
Bagaimanakah semakan status kelayakan & cara register permohonan SARA Dalam MyKad? Ikuti panduan lengkap dan info yang lebih lanjut di bawah.
KADAR KREDIT SARA DALAM MYKAD 2026
Berdasarkan maklumat bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), semua penerima akan turut menerima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad bagi tahun 2026 dengan kadar sebanyak berikut :
- Penerima STR Daftar e-Kasih akan terima SARA Dalam MyKad :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KREDIT |
|---|---|
| Isi Rumah | RM200 sebulan sehingga RM2,400 setahun |
| Warga Emas | RM150 sebulan sehingga RM1,800 setahun |
| Bujang | RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun |
- Penerima STR Bukan e-Kasih akan terima SARA Dalam MyKad :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KREDIT |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 sebulan sehingga RM1,200 setahun |
| Warga Emas | RM50 sebulan sehingga RM600 setahun |
| Bujang | RM50 sebulan sehingga RM600 setahun |
SYARAT KELAYAKAN SARA DALAM MYKAD
Bagi penerimaan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad untuk tahun 2026 dibuka kepada 9 juta rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara : Malaysia;
- Had umur :
- Isi Rumah : Tiada had umur;
- Warga Emas : 60 tahun ke atas;
- Bujang : 21 – 59 tahun;
- Kadar Pendapatan :
- Bawah RM2,500 atau tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Status STR :
- Lulus permohonan 2026.
- Status e-Kasih :
- Tersenarai dalam rekod data e-Kasih bagi yang berpendapatan bawah garis kemiskinan.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA DALAM MYKAD
Bagi yang telah memohon Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), boleh membuat semakan status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad mengikut panduan seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
- Klik butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan.
- Seterusnya, klik butang [Ya] jika betul.
- Masukkan Kata Laluan yang telah ditetapkan.
- Terus klik butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan jika berjaya log masuk.
- Kemudian, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status STR dan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA PERMOHONAN SARA DALAM MYKAD
Bagi yang belum kemukakan permohonan, sekiranya memenuhi syarat-syarat kelayakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad, boleh isi permohonan melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang [Permohonan Baharu].
- Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
- Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
- (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
- Muat naik dokumen Sokongan – Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
- Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
CARA REGISTER SARA DALAM MYKAD
Bagi yang berpendapatan bawah garis kemiskinan pula boleh mendaftar dengan e-Kasih bagi penerimaan bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad dengan kadar maksimum. Ikuti cara register e-Kasih seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
- Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
- Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT SARA
Maklumat-maklumat Bantuan SARA yang kami perolehi adalah daripada sumber yang sahih dalam Portal MyKasih dan STR. Kemudian, kami kongsikan untuk rujukan kepada orang awam berkaitan Bantuan SARA bagi tahun 2026. Talian di bawah adalah untuk rujukan lanjut :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]