STR BUJANG 2026 DIGANTI DENGAN BANTUAN SARA RM600 : SEMAK STATUS KELAYAKAN ANDA
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 bagi Kategori Bujang, akan menerima bantuan bulanan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara tanpa tunai melalui MyKad, sebagai gantian kepada bayaran tunai seperti sebelum ini.
Bagaimanakah semakan str bujang 2026 diganti dengan bantuan sara rm600? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: MYSTR 2026 SEMAKAN STATUS : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
STR BUJANG 2026 DIGANTI DENGAN BANTUAN SARA
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kategori Bujang bagi sesi 2026, akan dilaksanakan seperti berikut :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Kategori Bujang akan digantikan dengan Bantuan bulanan SARA.
- Bantuan SARA akan disalurkan secara automatik melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima.
- Boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas yang diluluskan, di kedai yang berdaftar.
SYARAT KELAYAKAN STR BUJANG 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), 2026 terdiri daripada :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH STR BUJANG DIGANTI DENGAN BANTUAN SARA
Kadar bantuan diganti melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN | KADAR KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Bujang (Penerima eKasih) | RM1,200 Setahun | RM100 Sebulan |
| Bujang (Bukan penerima eKasih) | RM600 Setahun | RM50 Sebulan |
SEMAKAN STATUS STR BUJANG 2026 DIGANTI DENGAN BANTUAN SARA
Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Cara Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 di : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]