SEMAKAN STR TAMBAHAN 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN STR TAMBAHAN 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Mungkin dengan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sahaja tidak mencukupi untuk rakyat menampung kos sara hidup. Oleh itu, Kerajaan mewujudkan bayaran Bantuan Tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) supaya dapat menampung keperluan asas sepanjang tahun 2026.

Bagaimanakah cara semakan STR Tambahan 2026? Ikuti panduan dan info yang lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN STR : (BANTUAN 2026) SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

CARA BAYARAN STR TAMBAHAN

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibayar secara tunai melalui akaun bank penerima dan melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) secara ansur berperingkat selama empat (4) fasa dalam setahun.

Namun, Bantuan STR Tambahan (Sumbangan Asas Rahmah) dibayar dengan cara berbeza iaitu secara tanpa tunai pada setiap bulan selama 12 bulan bermula Januari hingga Disember melalui Kad Pengenalan penerima.

JUMLAH STR TAMBAHAN 2026

Setiap kategori pula akan menerima jumlah bayaran Bantuan STR Tambahan dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BAYARAN
Isi Rumah STR
Daftar eKasih
RM2,400 setahun
Isi Rumah STR
Asas
RM1,200 setahun
  • Kategori Warga Emas :
KELAYAKAN WARGA EMASJUMLAH BAYARAN
Warga Emas STR
Daftar eKasih
RM1,800 setahun
Warga Emas STR
Asas
RM600 setahun
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BAYARAN
Bujang STR
Daftar eKasih
RM1,200 setahun
Bujang STR
Asas
RM600 setahun

JADUAL BAYARAN STR TAMBAHAN

Berikut merupakan jadual bayaran bagi Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dan Bantuan STR Tambahan (Sumbangan Asas Rahmah) bagi tahun 2026 :

JENIS BANTUANTARIKH BAYARAN
Bantuan STRFasa 1 : Februari 2026
Fasa 2 : April 2026
Fasa 3 : Ogos 2026
Fasa 4 : Oktober 2026
Bantuan STR TambahanJanuari 2026
Februari 2026
Mac 2026
April 2026
Mei 2026
Jun 2026
Julai 2026
Ogos 2026
September 2026
Oktober 2026
November 2026
Disember 2026

SEMAKAN STR TAMBAHAN 2026

Pemohon boleh membuat semakan status kelayakan melalui dua (2) portal rasmi, iaitu :

Ikuti cara semakan di Portal MySTR 2026 seperti berikut :

  1. Layari pautan portal MySTR rasmi 2026 di atas.
  2. Halaman utama MySTR akan dipaparkan.
  3. Sila klik butang [Log Masuk].
  4. Masukkan nombor MyKad pada ruang yang disediakan.
  5. Klik pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika betul.
  8. Masukkan kata laluan dengan tepat.
  9. Seterusnya klik butang [Log Masuk].
  10. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semak status, klik butang [Semakan Kelayakan].
  12. Status kelayakan penerima STR dan tambahan -SARA akan dipaparkan.
  13. Selesai.

Atau untuk lebih mudah, pemohon boleh membuat semakan di Portal MyKasih seperti berikut :

  1. Layari pautan Portal MyKasih yang rasmi di atas.
  2. Halaman utama Portal MyKasih akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Bahagian semakan akan dipaparkan.
  5. Masukkan nombor MyKad pemohon.
  6. Tunggu pengesahan verifikasi.
  7. Kemudian, klik butang [Semakan Status].
  8. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  9. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang kami tulis dalam artikel ini adalah dirujuk sepenuhnya daripada sumber yang sahih dalam Portal MySTR dan MyKasih. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Leave a Comment