PENDAFTARAN LESEN PERCUMA 2026 : REGISTER PERMOHONAN ONLINE SEKARANG (PANDUAN LENGKAP)
Lesen memandu adalah merupakan sesuatu yang wajib dimiliki oleh setiap individu yang berumur 16 tahun dan ke atas untuk melayakan individu memandu atau menunggang kenderaan dengan selamat dan sah disisi undang-undang. Namun, ada segelintir individu yang kurang berkemampuan untuk mendaftar dan membayar yuran bagi pemilikan lesen.
Bagaimanakah cara pendaftaran lesen percuma 2026? Ikuti panduan lengkap di bawah.
JENIS LESEN DITAWARKAN PERCUMA
Kerajaan menawarkan menyediakan Program Bantuan Lesen Percuma kepada rakyat yang layak dan kos fi dan yuran bagi kelas teori, amali, latihan dan ujian akan ditaja sepenuhnya untuk memiliki lesen memandu dan lesen yang ditawarkan adalah Kelas B2 iaitu motorsikal bawah 250cc sahaja.
MANFAAT BANTUAN LESEN PERCUMA
Dengan pelaksanaan Program Bantuan Lesen Percuma, ianya mampu memberikan lebih banyak manfaat yang baik kepada rakyat serta negara. Antara manfaat yang dapat daripada program ini adalah :
- Meringankan bebanan kewangan rakyat yang kurang berkemampuan untuk menampung kos mendapatkan lesen memandu.
- Meningkatkan peluang pekerjaan kepada belia dalam sektor logistik, penghantaran dan perkhidmatan yang memerlukan lesen memandu.
- Memudahkan urusan harian yang membolehkah rakyat memilik lesen sah untuk bergerak ke mana-mana tanpa perlu risau.
- Meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya yang mana kelas teori dan amali yang diajar berkaitan etika dan keselamatan jalan raya.
- Memberikan keyakinan diri dan kemahiran untuk rakyat menunggang motorsikal dengan lebih selamat.
SYARAT KELAYAKAN LESEN PERCUMA 2026
Program Bantuan Lesen Percuma (MyLesen B2) ini terbuka kepada Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang khas ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) seperti berikut :
- Sihat dari segi fizikal dan mental;
- Merupakan golongan belia berumur 16 hingga 35 tahun;
- Keluarga berpendapatan rendah (B40);
- Pelajar sekolah menengah, lepasan SPM, graduan institut pengajian tinggi atau belia yang menganggur;
- Belum memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kereta atau motorsikal;
- Bebas dari senarai hitam oleh Mahkamah / JPJ atau PDRM semasa mengemukakan permohonan.
TARIKH PENDAFTARAN LESEN PERCUMA DIBUKA
Pendaftaran Program Bantuan Lesen Percuma (MyLesen) kebiasaanya dibuka bermula bulan Februari hingga Oktober atau sehingga kuota penuh. Namun bagi tahun 2026, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih belum mengeluarkan tarikh rasmi.
Setakat Ogos 2025, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyatakan bahawa akan mempertimbangkan penambahan kuota baharu untuk tahun 2026 kerana mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
PENDAFTARAN LESEN PERCUMA 2026
Oleh kerana tarikh pendaftaran Program Bantuan Lesen Percuma masih belum diketahui, individu yang ingin mendaftar perlu menyemak tarikh pendaftaran di Portal JPJ negeri masing-masing dan ikuti cara daftar yang mudah seperti berikut :
- Muat turun borang permohonan Lesen Percuma (MyLesen B2) seperti di atas.
- Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
- Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan.
- Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal. Hantar borang tersebut.
- Apabila permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan pemohon hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
- Selesai.
DOKUMEN SOKONGAN LESEN PERCUMA
Untuk mengukuhkan permohonan Bantuan Lesen Percuma (MyLesen B2), pemohon perlu menyertakan dokumen sokongan yang biasanya diperlukan untuk pengesahan pemohon seperti senarai berikut :
- Salinan kad pengenalan;
- Bukti penerimaan bantuan kerajaan;
- Surat pengesahan pendapatan isi rumah; dan
- Gambar berukuran pasport terkini.
INFO LANJUT
Pihak kami bukanlah individu yang dilantik oleh Kerajaan untuk menjawab pertanyaan berkaitan Bantuan Lesen Percuma (MyLesen). Namun kami hanya menulis dan berkongsikan informasi terkini untuk mudahkan carian dan fahaman orang ramai. Jika anda mempunyai masalah atau pertanyaan berkaitan info bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di :
- Laman Rasmi JPJ : https://www.jpj.gov.my/.