LESEN MEMANDU PERCUMA 2026 : CARA REGISTER PERMOHONAN BANTUAN (PANDUAN LENGKAP)
Pelbagai usaha kerajaan untuk membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sah dan diiktiraf oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dengan menyediakan Program Lesen Memandu Motosikal Kelas B2 secara percuma yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.
Bagaimanakah cara permohonan lesen memandu percuma 2026? Ikuti info lanjut disini.
KATEGORI LESEN MEMANDU PERCUMA 2026
Lesen yang akan diberikan secara percuma dan ditanggung oleh Kerajaan adalah seperti berikut:
| PROGRAM BANTUAN | KATEGORI LESEN PERCUMA |
|---|---|
| MyLESEN B2 | Lesen Memandu Motosikal (B2) |
PENGENALAN LESEN MEMANDU PERCUMA
Lesen memandu percuma atau Program MyLesen B2 merupakan inisiatif Kerajaan untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 secara percuma dengan tajaan penuh oleh Kerajaan melalui kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Pelaksanaan Program Lesen Memandu Percuma, membolehkan peserta menerima tajaan penuh untuk :
- Yuran latihan teori dan amali JPJ;
- Ujian memandu (teori dan praktikal); dan
- Pendaftaran Lesen B2.
SYARAT KELAYAKAN PESERTA
Syarat dan Kategori Kelayakan Lesen B2 Percuma mestilah terdiri daripada:
- Warganegara Malaysia;
- Berusia 16 sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan;
- Pelajar Sekolah Menengah, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
- Sihat dari segi fizikal dan mental;
- Terdiri daripada Golongan B40 dan Tanggungan;
- Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, PDRM atau mana-mana agensi semasa mengemukakan permohonan.
Catatan : Keutamaan diberikan kepada belia luar bandar, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan orang awam yang ingin bekerja dalam sektor penghantar makanan dan sebagainya.
CARA MOHON LESEN MEMANDU PERCUMA
Permohonan lesen memandu percuma adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi JPJ, di pautan berikut: https://www.jpj.gov.my/
- Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2026.
- Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
- Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti [Kad Pengenalan], [Keputusan Ujian Saringan Kesihatan], dan [Gambar Pasport].
- Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal, dan hantar borang tersebut.
- Setelah permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal
- Pastikan pemohon hadir pada kesemua tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan tidak terbatal.
- Selesai.
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan Bantuan Lesen Percuma (MyLesen B2) untuk tahun 2026 masih belum dibuka. Namun, lazimnya permohonan akan dibuka bermula Februari hingga Oktober mengikut Negeri masing-masing.
Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengeluarkan notis rasmi tarikh permohonan melalui laman rasmi serta media sosial, dan peserta hendaklah mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa.
MAKLUMAT PENTING
Berikut merupakan maklumat tambahan berkaitan Bantuan Lesen Percuma (MyLesen B2) yang penting perlu diketahui oleh peserta :
- Program Bantuan Lesen Percuma hanya untuk lesen motorsikal kelas B2 (250cc ke bawah).
- Lesen kereta kelas D dan DA adalah tidak termasuk.
- Kuota permohonan adalah terhad yang dibahagikan mengikut negeri.
- Pemohon yang gagal ujian JPJ masih boleh mengulang dan kos ulangan adalah tidak ditanggung.
- Semua latihan dan ujian hanya boleh dilakukan di Institut Memandu (IM) yang diluluskan oleh JPJ sahaja.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Jabtana pengangkutan Jala Raya (JPJ) yang berdekatan.
- Talian Bantuan : 03 8000 8000
- Portal Rasmi : https://www.jpj.gov.my/
- e-Mel: [email protected]
harap ” layak
Ada link dia tak.. Saya tk jumpa la link nak isi borang ni
Bagai mana nak mohon lesen memandu percuma ya
Harap layak terima ambil lesen motor dan kereta
saya mahu membuat lesen motor secara percuma
saya perlu membuat lesen moto secara percuma