CARA KEMASKINI STR ONLINE (2026) : SILA KEMAS KINI MAKLUMAT ANDA SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA

CARA KEMASKINI STR ONLINE (2026) : SILA KEMAS KINI MAKLUMAT ANDA SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA

Peruntukan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 merupakan yang tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM15 billion untuk disalurkan kepada 9 juta rakyat dan jumlah bayaran adalah ditentukan berdasarkan kelayakan penerima. Oleh itu, penerima perlu kemaskini permohonan untuk tahun 2026.

Bagaimanakah cara kemaskini STR secara online? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : PORTAL MYSTR ONLINE 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH BARU

SEBAB KENA KEMASKINI STR

Antara sebab-sebab kenapa kena kemaskini permohonan STR adalah :

  1. Supaya nama tidak tercicir sebagai penerima;
  2. Mendapat jumlah bayaran sepadan dengan kelayakan;
  3. Memastikan maklumat yang terkini dan sah;
  4. Agar bayaran STR tidak tertangguh;
  5. Memastikan status penerima aktif.

SYARAT KEMASKINI STR

Bukan semua pemohon perlu mengemas kini permohonan STR, ianya hanya mereka yang disyaratkan seperti berikut :

  • Merupakan penerima sedia ada;
  • Telah mendaftarkan permohonan STR;
  • Mempunyai perubahan maklumat penting;
  • Tidak pernah kemaskini maklumat STR lebih dari 3 tahun.

SENARAI MAKLUMAT STR KENA KEMASKINI

Berikut merupakan senarai maklumat-maklumat STR yang kena kemaskini sekiranya mempunyai sebarang perubahan :

  1. Maklumat Peribadi (Pemohon) :
    • Perubahan e-mel / nombor telefon baharu (jika ada);
    • Pertukaran alamat tempat tinggal (terkini);
  2. Maklumat Pekerjaan / Pendapatan :
    • Status pekerjaan terkini :
      • Tidak bekerja kepada bekerja; atau
      • Bekerja kepada tidak bekerja; atau
      • Hilang pekerjaan; atau
      • Perniagaan sendiri.
    • Kadar pendapatan terkini naik atau turun.
  3. Maklumat Pasangan :
    • Status perkahwinan terkini :
      • Bujang – Telah berkahwin (masukkan maklumat pasangan); atau
      • Berkahwin – Bercerai (masukkan surat perakuan cerai); atau
      • Kematian pasangan (masukkan sijil kematian).
  4. Maklumat Tanggungan :
    • Anak baru lahir / anak angkat baharu (masukkan maklumat dan sijil lahir / mykid);
    • Anak melepasi umur 21 tahun;
    • Anak meninggal dunia (masukkan sijil kematian);
    • Anak tamat pengajian sepenuh masa / bukan lagi tanggungan.
  5. Maklumat Akaun Bank :
    • Mempunyai akaun bank baharu yang aktif (masukkan maklumat seperti nombor akaun dan nama bank).
  6. Maklumat Waris :
    • Jika maklumat waris sedia ada telah meninggal atau sebagainya, pemohon boleh menukar kepada maklumat waris yang baharu.

CARA KEMASKINI STR ONLINE

Pemohon sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat Bantuan STR boleh membuat kemaskini secara online seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi Portal MySTR 2026 di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Klik terus pada butang [Log Masuk].
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan tersebut.
  4. Klik butang [Semak].
  5. Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan, klik butang [Ya] jika betul.
  6. Masukkan kata laluan yang anda tetapkan.
  7. Kemudian, klik butang [Log Masuk].
  8. Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
  9. Klik pada [Kemas kini Permohonan].
  10. Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat.
  11. Muat naik dokumen Sokongan.
  12. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
  13. ⁠Klik pada butang [Hantar].
  14. ⁠Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  15. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026

Berikut merupakan beberapa soalan lazim (faq) berkaitan Bantuan STR :

  1. Berapakah jumlah bayaran STR untuk tahun 2026?
    • Bantuan STR untuk tahun 2026 akan dibayar dengan jumlah sebanyak berikut :
      • Isi Rumah B40 : RM700 hingga RM2,200 (tertakluk jumlah anak).
      • Isi Rumah M40 : RM200 hingga RM850 (tertakluk jumlah anak).
      • Warga Emas : RM600.
      • Bujang : RM0 (hanya akan terima bayaran SARA sahaja).
  2. Bagaimanakah cara bayaran STR kepada semua penerima?
    • Bantuan STR akan dibayar dengan dua (2) cara, iaitu 1. secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan 2. dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima.
  3. Bilakah bayaran pertama Bantuan STR dilaksanakan?
    • Bayaran Bantuan STR dijangka akan dilaksanakan bermula Januari 2026.
  4. Berapa ramaikah yang akan terima bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026?
    • Bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 disasarkan kepada seramai 9 juta rakyat.
  5. Adakah semua penerima STR (termasuk penerima baharu) akan turut menerima bayaran SARA secara automatik?
    • Ya, bayaran SARA akan diberikan secara automatik kepada penerima STR.

INFO LANJUT STR

Segala informasi yang kami sediakan dalam artikel ini adalah dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi STR dan dikongsikan untuk panduan orang awam berkaitan ‘Cara Kemaskini STR’. Jika terdapat sebarang masalah, sila hubungi talian STR 1800 88 2747 / 03 8882 4565 atau e-melkan ke [email protected].

Leave a Comment