PORTAL MYSTR ONLINE 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH BARU
Pihak Kerajaan telah membuka Portal MySTR yang baharu bagi tahun 2026 untuk memudahkan rakyat mendaftar akaun, memohon dan membuat semakan status kelayakan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Bagaimanakah cara semakan status di Portal MySTR secara online? Rujuk panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN BINGKAS SELANGOR 2026 : PERMOHONAN BARU & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN (RM300 SETIAP BULAN)
KADAR BANTUAN MYSTR 2026
Setiap kategori isi rumah, warga emas dan bujang akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bersekali dengan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar sebanyak berikut :
- Isi Rumah B40 :
| JUMLAH ANAK | BAYARAN STR | BAYARAN SARA |
|---|---|---|
| Tiada | RM700 | RM1,200 |
| 1 – 2 anak | RM1,200 | RM1,200 |
| 3 – 4 anak | RM1,700 | RM1,200 |
| 5 anak & ke atas | RM2,200 | RM1,200 |
- Isi Rumah M40 :
| JUMLAH ANAK | BAYARAN STR | BAYARAN SARA |
|---|---|---|
| Tiada | RM200 | RM1,200 |
| 1 – 2 anak | RM450 | RM1,200 |
| 3 – 4 anak | RM700 | RM1,200 |
| 5 anak & ke atas | RM950 | RM1,200 |
- Warga Emas :
| JUMLAH ANAK | BAYARAN STR | BAYARAN SARA |
|---|---|---|
| Tiada yang menepati syarat | RM600 | RM600 |
- Bujang :
| JUMLAH ANAK | BAYARAN STR | BAYARAN SARA |
|---|---|---|
| Tiada | RM0 | RM600 |
TARIKH BAYARAN MYSTR 2026
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa berikut :
- Fasa 1 : Januari 2026.
- Fasa 2 : Mac 2026.
- Fasa 3 : Ogos 2026.
- Fasa 4 : Oktober 2026.
LINK PORTAL MYSTR 2026
Berikut adalah link (pautan) Portal Rasmi MySTR bagi tahun 2026 :
DAFTAR AKAUN MYSTR ONLINE 2026
Semua penerima sedia ada disarankan untuk membuat pendaftaran akaun yang baharu di Portal MySTR 2026 walaupun telah mempunyai akaun sedia ada. Ikuti cara daftar secara online seperti berikut :
- Klik link Portal Rasmi MySTR 2026 di atas.
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama mySTR.
- Tekan butang [LOG MASUK].
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang [Semak].
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang [Daftar Pengguna Baharu].
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan [Hantar Emel Pengesahan].
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik [Sahkan Akaun Saya].
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- klik butang [Seterusnya].
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik [Daftar Akaun].
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
SEMAKAN STATUS DI PORTAL MYSTR ONLINE 2026
Status kelayakan sebagai penerima yang layak menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh disemak secara online di Portal MySTR seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi MySTR 2026.
- Halaman utama MySTR aka dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik pada butang [Semak].
- Jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan betul, klik [Ya].
- Masukkan Kata Laluan yang didaftarkan.
- Klik butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Kemudian, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) MYSTR
- Adakah semakan status kelayakan bayaran STR tahun 2026 boleh disemak di Portal MySTR yang lama?
- Status kelayakan untuk bayaran STR tahun 2026 hanya boleh di semak di Portal MySTR yang baru sahaja.
- Berapakah jumlah bayaran Bantuan STR paling maksimum untuk tahun 2026?
- Jumlah bayaran Bantuan STR yang maksimum adalah sebanyak RM2,200 khas untuk penerima isi rumah dengan pendapatan bawah RM2,500 dan mempunyai anak / tanggungan 5 orang atau lebih.
- Bilakah Portal MySTR dibuka untuk semakan status, permohonan dan kemaskini?
- Portal MySTR 2026 yang baharu telah dibuka untuk permohonan, kemaskini dan semakan status.
- Bantuan STR untuk tahun 2026 disasarkan kepada berapa ramai penerima?
- Kerajaan menyasarkan Bantuan STR untuk tahun 2026 kepada 9 juta rakyat.
- Adakah bayaran Bantuan STR dibuat secara sekaligus?
- Tidak, bayaran Bantuan STR akan diberikan secara ansur berperingkat selama empat (4) fasa.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya menulis dan berkongsikan maklumat berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026. Untuk rujukan lebih lanjut berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]
Ada kah saya layak terima STR 2026