SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA MYKASIH

SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA MYKASIH

Bagi tahun 2026, Kerajaan MADANI telah bersetuju untuk meneruskan lagi pemberian Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan melibatkan peruntukan sehingga sebanyak RM15 billion bagi membantu menampung kos perbelajaan keperluan asas rakyat khususnya yang memerlukan.

Bagaimanakah semakan Sumbangan Asas Rahmah? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN BINGKAS SELANGOR 2026 : PERMOHONAN BARU & SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

MEDIUM BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Untuk tahun 2026, Kerajaan akan menyediakan dua (2) medium bayaran Bantuan Sumbanga Asas Rahmah (SARA) kepada penerima yang layak seperti berikut :

  • Setiap Bulan :
    • Pembayaran setiap bulan dikreditkan melalui Kad Pengenalan (IC) penerima : 9 juta rakyat yang merupakan B40 dan M40 (Lulus STR).
  • Sekaligus (One-off) :
    • Pembayaran sekaligus (one-off) dikreditkan melalui Kad Pengenalan (IC) penerima : 22 juta rakyat dewasa Malaysia tanpa mengira pendapatan (termasuk 9 juta penerima B40 & M40).

Dengan menggunakan Bantuan SARA yang dikreditkan dalam Kad Pengenalan (IC), penerima boleh membuat pembelian seperti berikut :

  1. Kunjungi kedai / pasaraya terpilih MyKasih.
  2. Pilih barang keperluan asas yang ingin dibeli (mempunyai label MyKasih).
  3. Pergi ke kaunter yang mempunyai sistem bayaran MyKasih.
  4. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan.
  5. Juruwang akan imbas barang yang terpilih & sahkan bayaran guna MyKad.
  6. Resit pembelian akan diberikan.

KADAR SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun 2026 akan disalurkan dengan kadar sebanyak berikut :

  • Kadar Bayaran Setiap Bulan :
KATEGORI
PENERIMA
PENERIMA B40PENERIMA M40
Isi RumahRM200 sebulan
hingga
RM2,400 setahun
RM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
Warga EmasRM150 sebulan
hingga
RM1,800 setahun
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun
BujangRM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
RM50 sebulan
hingga
RM600 setahun
  • Kadar Bayaran Sekaligus :
KATEGORI
PENERIMA
SEMUA RAKYAT
(B40, M40 & T20)
Isi RumahRM100 sekaligus
Warga EmasRM100 sekaligus
BujangRM100 sekaligus

TARIKH & TEMPOH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan mula disalurkan pada bulan Januari dan sehingga Disember seperti jadual di bawah :

MEDIUM
PENERIMAAN
TARIKH
BAYARAN
TEMPOH
PENGGUNAAN
Setiap bulanJanuari 2026
Februari 2026
Mac 2026
April 2026
Mei 2026
Jun 2026
Julai 2026
Ogos 2026
September 2026
Oktober 2026
November 2026
Disember 2026
12 bulan
(31 Disember 2026)
SekaligusFebruari 202611 bulan
(31 Disember 2026)
*Tarikh bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026

Sila layari pautan (link) Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah dan ikuti panduan lengkap cara semak status kelayakan :

PORTAL RASMIPAUTAN (LINK)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)https://www.sara.gov.my/
  1. Paparan halaman utama Portal Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  2. Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
  3. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  4. Isikan ruangan yang disediakan dengan nombor Kad Pengenalan (IC).
    • *Pastikan tanpa jarak dan tanpa sengkang (-).
  5. Tunggu pengesahan : ✅ Success!.
  6. Kemudian, klik butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  8. Selesai.

SENARAI BARANG SUMBANGAN ASAS RAHMAH YANG BOLEH DIBELI 2026

Antara barang-barang keperluan asa yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah :

  • Beras.
  • Mi Segera.
  • Roti.
  • Biskut.
  • Telur.
  • Gula dan Garam.
  • Sos, Kicap dan sebagainya.
  • Tepung.
  • Minyak masak.
  • Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.
  • Ubat-ubatan
  • Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
  • Lampin pakai buang.
  • Barangan persekolahan – kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya.

SOALAN LAZIM (FAQ)

  1. Adakah perlu kemukakan permohonan untuk terima Bantuan SARA?
    • Bantuan SARA akan diberikan secara automatik kepada yang berjaya lulus dalam permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  2. Apakah syarat kelayakan utama penerima Bantuan SARA 2026?
    • Antara syarat kelayakan utama penerima Bantuan SARA adalah Warganegara Malaysia serta berstatus ‘Lulus’ Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  3. Bolehkah Bantuan SARA yang dikreditkan dalam Kad pengenalan dikeluarkan secara tunai?
    • Tidak boleh, penerima hanya boleh membuat pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai sahaja.
  4. Adakah Bantuan SARA yang dikreditkan dalam Kad Pengenalan boleh digunakan untuk bayar tol atau pengangkutan awam seperti LRT dan MRT?
    • Tida boleh, ianya khas untuk pembelian barang keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, alatan persekolahan dan sebagainya.
  5. Bagaimanakah sekiranya Bantuan SARA tidak habis digunakan pada bulan Januari?
    • Baki yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama bantuan semasa.

INFO LANJUT

Setiap info yang kami tulis dalam artikel ini adalah dirujuk dari sumber yang sahih iaitu Portal SARA dan dikongsikan untuk memudahkan capaian dan kefahaman penerima. Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah, sila rujuk di bawah :

Leave a Comment