BANTUAN RAHMAH 2026 : SEMAKAN STATUS STR & REGISTER PERMOHONAN

BANTUAN RAHMAH 2026 : SEMAKAN STATUS STR & REGISTER PERMOHONAN

Bebanan kewangan rakyat yang berpendapatan rendah seperti B40 dan M40 dapat diringankan dengan penerimaan bayaran Bantuan Rahmah seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sepanjang tahun 2026.

Bagaimanakah semakan status & permohonan Bantuan Rahmah? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN EKASIH 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA MYKASIH SARA

JUMLAH BANTUAN RAHMAH 2026

Setiap penerima akan menerima jumlah Bantuan Rahmah STR dan SARA dengan jumlah bermula RM1,400 sehingga RM4,600. Namun ianya bergantung kepada kategori dan bilangan tanggungan seperti berikut :

  • Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) :
BIL.
TANGGUNGAN
JUMLAH BANTUAN
RAHMAH
(STR & SARA)
TiadaRM700 + RM1,200
1 – 2 orangRM1,200 + RM1,200
3 – 4 orangRM1,700 + RM1,200
5 orang ke atasRM2,200 + RM1,200
*Penerima yang berdaftar sebagai penerima Miskin & Miskin Tegar akan menerima bayaran SARA sebanyak RM2,400 setahun.
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
BIL.
TANGGUNGAN
JUMLAH BANTUAN
RAHMAH
(STR & SARA)
TiadaRM200 + RM1,200
1 – 2 orangRM450 + RM1,200
3 – 4 orangRM700 + RM1,200
5 orang ke atasRM950 + RM1,200
  • Warga Emas Tiada Pasangan :
BIL.
TANGGUNGAN
JUMLAH BANTUAN
RAHMAH
(STR & SARA)
TiadaRM600 + RM600
*Penerima Warga Emas yang berdaftar sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar akan menerima bayaran SARA sebanyak RM1,800 setahun.
  • Bujang / Balu / Duda / Janda :
BIL.
TANGGUNGAN
JUMLAH BANTUAN
RAHMAH
(STR & SARA)
TiadaRM0 + RM600
*Penerima Bujang yang berdaftar sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar pula akan terima bayaran SARA sebanyak RM1,200 setahun.

JADUAL BAYARAN BANTUAN RAHMAH

Pembayaran Bantuan Rahmah STR dilaksanakan secara berperingkat selama empat fasa. Manakala, pembayaran Bantuan Rahmah SARA dilaksanakan secara ansur setiap bulan mengikut jadual seperti berikut :

JENIS BANTUANTARIKH BAYARAN
Bantuan Rahmah STRFasa 1 : Januari 2026
Fasa 2 : Mac 2026
Fasa 3 : Ogos 2026
Fasa 4 : Oktober 2026
Bantuan Rahmah SARAJanuari 2026
Februari 2026
Mac 2026
April 2026
Mei 2026
Jun 2026
Julai 2026
Ogos 2026
September 2026
Oktober 2026
November 2026
Disember 2026

PERMOHONAN BANTUAN RAHMAH

Ikuti panduan lengkap cara permohonan Bantuan Rahmah (STR) secara atas talian (online) di Portal Rasmi seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang [Permohonan Baharu].
  3. ⁠Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
  6. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
  7. Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
    • Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
    • (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  8. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  9. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  10. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  11. ⁠Muat naik dokumen Sokongan.
  12. ⁠Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
  13. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  14. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  15. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  16. Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  17. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar.
  18. Selesai.

*Setelah berjaya lulus permohonan STR, penerima akan menerima bantuan STR bersama bantuan SARA secara automatik.

SEMAKAN STATUS BANTUAN RAHMAH

Status kelayakan permohonan Bantuan Rahmah STR dan SARA boleh disemak secara online melalui laman rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Log Masuk STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
  2. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
  3. Klik butang [Semak].
  4. Kata kunci keselamatan yang anda tetapkan akan dipaparkan.
  5. Jika kata kunci tersebut betul, klik butang [Ya].
  6. Seterusnya, masukkan kata laluan yang anda tetapkan.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  9. Klik butang [Semakan Permohonan].
  10. Status permohonan akan dipaparkan :
    • ‘Permohonan Diterima’ atau ‘Sedan Diproses’ atau ‘Lulus’.
  11. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya menyediakan sedikit maklumat yang dirujuk daripada Portal Rasmi STR untuk memudahkan carian dan fahaman anda. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

Leave a Comment