SEMAKAN BANTUAN EWALLET 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK RM300 SETIAP BULAN
Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) diteruskan sebagai inisiatif bagi meningkatkan kestabilan kewangan Keluarga penduduk Selangor dalam mendepani cabaran ekonomi.
Bagaimanakah semakan bantuan ewallet 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026 : SEMAK STATUS BANTUAN STR
APA ITU BANTUAN EWALLET 2026?
Bantuan e-Wallet ialah Program Bantuan Kerajaan Negeri Selangor melalui Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS). Tujuan pelaksanaan bantuan ini adalah untuk meningkatkan kestabilan kewangan, meringankan cabaran ekonomi, dan memperkukuh keharmonian keluarga serta kemakmuran di Selangor.
BINGKAS dilaksanakan seperti berikut :
- Bantuan Bulanan RM300;
- Penyaluran secara tanpa tunai (cashless) melalui e-WALLET Selangkah;
- Digunakan untuk membeli barang keperluan asas yang diluluskan di kedai berdaftar di Seluruh Malaysia;
- Baki perlu dihabiskan dan tidak akan dibawa ke bulan seterusnya.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET 2026
Syarat Kelayakan Bantuan BINGKAS 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Pemilih berdaftar di Selangor;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah;
- Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.
PERMOHONAN BANTUAN EWALLET 2026
Tarikh permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) tahun 2026 akan dibuka pada 1 November 2025.
Permohonan BINGKAS boleh dilakukan secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
- Laman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Tekan Butang [Log Masuk].
- Tekan [Daftar Akaun Selangkah baharu] jika belum mempunyai akaun Selangkah.
- Laman Pendaftaran Akaun Selangkah akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Telefon untuk pendaftaran akaun Selangkah.
- Ikuti langkah-langkah pendaftaran dan Isi semua butiran maklumat yang diminta dengan lengkap.
- Muat naik dokumen sokongan yang diminta.
- Setelah pendaftaran berjaya, log masuk bingkas dengan akaun Selangkah yang telah didaftarkan dengan Nombor Telefon dan Kata Laluan yang telah ditetapkan.
- Selesai.
DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN
Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan BINGKAS, seperti berikut :
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan);
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan).
- Salinan Sijil Kematian / Bercerai / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal).
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara).
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta).
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti spt ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
- Salinan Bukti Pemilih Berdaftar di Selangor.
SEMAKAN BANTUAN EWALLET 2026
Semakan Status Permohonan BINGKAS boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut :
- Portal Rasmi BINGKAS; atau
- Aplikasi Selangkah.
Panduan Lengkap Semakan Status di Portal Rasmi BINGKAS :
- Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
- Laman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Tekan Butang [Semak Status Permohonan].
- Anda akan dibawa kepada laman Semakan Status Permohonan.
- Masukkan [Nombor Telefon] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan.
- Kemudian, tekan klik [Log Masuk].
- Setelah berjaya log masuk, maklumat akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak BINGKAS 2026.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN EWALLET
Penerima boleh menggunakan Bantuan BINGKAS untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan cara seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Berdaftar di bawah Program BINGKAS yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan Asas yang ingin dibeli.
- Tunjuk ID anda di Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
- Tekan butang bayar, dan masukkan pin 6 digit untuk pengesahan pembayaran.
- Tunjukkan Kod QR dalam Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk diimbas bagi tujuan pembayaran.
- Selesai.
SENARAI KEDAI BERDAFTAR
Terdapat banyak kedai berdaftar di bawah Program BINGKAS terutama di Selangor untuk penerima menggunakan eWallet BINGKAS termasuk pasar raya besar seperti Lotus, 99 Speedmart. Untuk melihat senarai kedai penuh, anda boleh semak di laman rasmi BINGKAS di https://bingkasselangor.com/senarai-kedai/
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 1800-22-6600
- Portal BINGKAS : https://bingkasselangor.com/