SEMAKAN BANTUAN TUNAI HASIL 2026 : SEMAK STATUS STR BARU
Penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan Madani menambah baik pelaksanaan Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 agar penerima dapat menerima yang sewajarnya.
Bagaimanakah semakan bantuan tunai hasil 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN MYKASIH 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA RAHMAH
APA ITU BANTUAN TUNAI HASIL?
Bantuan Tunai Hasil merujuk kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) iaitu bantuan khas kerajaan dalam bentuk wang tunai, yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Tujuan pelaksanaan bantuan ini untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan termasuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) dalam mendepani cabaran ekonomi.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), 2026 terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
KADAR BANTUAN TUNAI HASIL 2026
Jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR MAKSIMUM BAYARAN (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM700 1 hingga 2 Anak : RM1,200 3 hingga 5 Anak : RM1,700 5 Anak dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM200 1 hingga 2 Anak : RM450 3 hingga 5 Anak : RM700 5 Anak dan Ke atas : RM950 |
| Warga emas tiada pasangan | RM 600 |
| Bujang | – |
Catatan : STR Bujang 2026, digantikan dengan SARA bulanan. Bantuan SARA akan disalurkan secara automatik kepada penerima STR sebagai bantuan tambahan dalam bentuk barangan asas.
KADAR TAMBAHAN MELALUI SARA
Kadar tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA STR & BERSTATUS EKASIH | PENERIMA STR SAHAJA & BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 (RM200 Sebulan) | RM1,200 (RM100 Sebulan) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,800 (RM150 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
| Bujang | RM1,200 (RM100 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
CARA PELAKSANAAN BAYARAN
Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:
| JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan |
| Tiada Akaun Bank atau Berstatus ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
| Tiada Akaun Bank (Pedalaman Sabah / Sarawak) | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
SEMAKAN BANTUAN TUNAI HASIL 2026
Semakan status permohonan dan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara online adalah seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]