CHECK STATUS STR 2026 : KELAYAKAN FASA 2
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 2 menjadi antara perkara yang dinantikan oleh rakyat Malaysia, khususnya golongan yang bergantung kepada bantuan tunai kerajaan bagi menampung kos sara hidup. Fasa ini melibatkan penerima yang telah lulus permohonan serta mereka yang berjaya selepas proses semakan dan pengemaskinian maklumat terkini dalam sistem MySTR. Penentuan kelayakan dibuat berdasarkan data pendapatan, status perkahwinan dan bilangan tanggungan yang disahkan oleh agensi berkaitan.
Bagi memastikan anda layak menerima bantuan, semakan status STR 2026 boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi yang disediakan oleh pihak LHDNM. Melalui semakan ini, anda boleh mengetahui status kelulusan, kategori penerima serta maklumat bayaran yang akan disalurkan sama ada melalui akaun bank atau tuntutan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Bagaimanakah cara check status STR 2026 bagi kelayakan Fasa 2? Ikuti panduan lengkap dan info terkini di bawah.
Baca juga: SEMAKAN STATUS MYKASIH SARA 2026 : BAYARAN AKAN DISALURKAN KEPADA PENERIMA YANG LAYAK
TARIKH BAYARAN STR 2026 FASA 2
Tarikh bayaran STR 2026 Fasa 2 bagi penerima sedia ada adalah pada 10 Mac 2026 (Selasa). Manakala bagi penerima baharu pada 30 Mac 2026 (Isnin).
PORTAL RASMI CHECK STATUS STR 2026
Laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 untuk semakan status kelayakan, bayaran, permohonan, kemas kini maklumat, adalah seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
CHECK STATUS STR 2026
Status permohonan dan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 terutama bagi Fasa 2 boleh di check secara online seperti panduan berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Syarat dan kategori kelayakan bantuan STR 2026 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
CHECK JUMLAH BANTUAN STR 2026
Jumlah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN STR 2026 (SETAHUN) | JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN STR 2026 (SARA) |
|---|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM 2500 dan kebawah | Tiada Anak : RM700 1 hingga 2 Anak : RM1,200 3 hingga 4 Anak : RM1,700 5 Anak dan Ke atas : RM2,200 | Berstatus eKasih RM2,400 Setahun (RM200 Sebulan) Bukan eKasih RM1,200 Setahun (RM100 Sebulan) |
| Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM200 1 hingga 2 Anak : RM450 3 hingga 4 Anak : RM700 5 Anak dan Ke atas : RM950 | Berstatus eKasih RM2,400 Setahun (RM200 Sebulan) Bukan eKasih RM1,200 Setahun (RM100 Sebulan) |
| Warga emas tiada pasangan | RM 600 | Berstatus eKasih RM1,800 Setahun (RM150 Sebulan) Bukan eKasih RM600 Setahun (RM50 Sebulan) |
| Bujang | – | Berstatus eKasih RM1,200 Setahun (RM100 Sebulan) Bukan eKasih RM600 Setahun (RM50 Sebulan) |
CHECK KADAR BANTUAN STR 2026 FASA 2
Kadar bantuan STR 2026 bagi Fasa 2 yang diputuskan oleh kerajaan adalah seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN STR 2026 FASA 2 |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah | RM150 – RM600 |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | RM100 – RM250 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
| Bujang | Bantuan digantikan dengan pembayaran bantuan SARA: RM50 sebulan |
JADUAL PEMBAYARAN STR 2026
Bantuan STR 2026 adalah diberikan kepada penerima yang layak menerusi empat peringkat seperti yang tertera dalam jadual pembayaran berikut:
| PERINGKAT | JADUAL PEMBAYARAN STR 2026 |
|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 |
| Fasa 2 | 10 Mac 2026 |
| Fasa 3 | – |
| Fasa 4 | – |
KAEDAH PEMBAYARAN STR 2026
Bantuan STR 2026 akan disalurkan kepada penerima yang diluluskan melalui kaedah pembayaran seperti berikut:
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) – Bagi penerima Tiada Akaun Bank atau status ‘Gagal Kredit’.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [ Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
- Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
- e-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.