KEMASKINI BANTUAN STR 2026 : SILA KEMAS KINI MAKLUMAT ANDA SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang sedia ada disarankan untuk kemaskini maklumat permohonan yang terbaru terutamanya yang belum pernah kemaskini selama 3 tahun. Ianya supaya penerima mendapat kadar bantuan sesuai dengan kelayakan semasa yang terkini.
Bagaimanakah cara kemaskini Bantuan STR 2026? Sila rujuk panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BORANG PERMOHONAN STR 2026 : MUAT TURUN/DOWNLOAD & CARA DAFTAR ONLINE BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
SIAPA YANG KENA KEMASKINI BANTUAN STR
Tidak semua penerima atau pemohon perlu kemaskini maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), namun hanya golongan yang tertentu sahaja. Berikut adalah penerima yang perlu kemaskini STR ialah :
- Penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat :
- Bagi penerima yang mempunyai perubahan maklumat seperti ‘Status perkahwinan, ‘Alamat tempat tinggal’, ‘bilangan tanggungan bertambah atau berkurang’,’kadar pendapatan berubah’,’maklumat akaun bank’, atau ‘maklumat waris berubah’.
- Penerima yang disahkan ‘Tidak layak’ tetapi ingin memohon semula :
- Bagi penerima yang pernah memohon STR 2025 dan disahkan ‘Tidak Layak’ oleh kerana maklumat tidak tepat, boleh kemaskini dan mohon rayuan semula.
- Penerima yang tidak pernah kemaskini permohonan selama 3 tahun :
- Bagi penerima yang tidak pernah kemaskini permohonan STR selama 3 tahun atau lebih.
KENAPA KENA KEMASKINI BANTUAN STR
Golongan penerima/pemohon sedia ada perlu kemaskini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah supaya nama pemohon sebagai penerima tidak tertinggal oleh kerana pertukaran portal MySTR yang baharu dan antara sebab yang lain adalah :
- Untuk memastikan maklumat peribadi masih tepat supaya bantuan tidak terhenti;
- Bagi memastikan jumlah tanggungan betul supaya dapat menerima bayaran sesuai dengan kelayakan;
- Untuk memastikan akaun permohonan penerima sedia ada masih aktif;
- Elakkan disenarai sebagai tidak layak kerana maklumat lama dan tidak sah;
- Bagi memastikan bayaran setiap fasa dapat masuk ke akaun bank yang aktif.
MAKLUMAT YANG KENA KEMASKINI
Kemaskini maklumat pemohon STR hanya boleh dilakukan jika terdapat sebarang perubahan maklumat pemohon yang terkini. Antara maklumat-maklumat yang perlu dikemaskini adalah :
| JENIS MAKLUMAT | KETERANGAN MAKLUMAT |
|---|---|
| Pemohon (Individu Utama) | Pertukaran seperti Status perkahwin, alamat tempat tinggal, nombor telefon, alamat e-mel & sebagainya. |
| Pendapatan | Kiraan pendapatan bulanan naik / turun, status pekerjaan terkini |
| Pasangan | Bujang – berkahwin / kahwin – cerai / pasangan meninggal |
| Tanggungan | Ada anak baru lahir / anak angkat baru / anak melepasi umur 21 tahun / anak meninggal dunia / anak tamat pengajian |
| Akaun Bank | Pertukaran maklumat akaun bank yang baharu |
| Waris | Jika waris sedia ada telah meninggal dan ingin tukar maklumat waris baru |
KEMASKINI BANTUAN STR 2026
Bagi penerima yang layak menerima ataupun berstatus ‘lulus’ anda boleh mengemaskini maklumat permohonan anda secara online melalui laman web yang terbaru serta terkini seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi STR 2026 di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Klik terus pada butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan, klik butang [Ya] jika betul.
- Masukkan kata laluan yang anda tetapkan.
- Kemudian, klik butang [Log Masuk].
- Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
- Klik pada [Kemas kini Permohonan].
- Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
- Klik pada butang [Hantar].
- Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
SOALAN LAZIM BANTUAN STR
- Apakah tujuan utama kemaskini permohonan Bantuan STR?
- Pemohon disarankan untuk kemaskini permohonan adalah supaya mendapat Bantuan STR dengan jumlah yang selayaknya.
- Bagaimanakah jika pemohon tidak mengemaskini permohonan lebih dari 3 tahun?
- Pemohon yang tidak kemaskini permohonan lebih dari 3 tahun mungkin tercicir sebagai penerima bayaran untuk tahun berikutnya.
- Bagaimanakah sekiranya pendapatan pemohon yang terkini melebihi RM5,000?
- Pemohon akan disahkan sebagai ‘Tidak Layak’ kerana berpendapatan melebihi RM5,000 sebulan.
- Bilakah kemaskini maklumat boleh dilakukan?
- Pemohon boleh mula kemaskini maklumat permohonan bermula 13 Oktober 2025.
- Adakah pemohon yang tidak berjaya menerima bayaran pada tahun sebelum, boleh kemaskini permohonan baharu?
- Ya, pemohon yang tidak berjaya pada tahun sebelum ini boleh kemaskini permohonan baharu untuk penerimaan tahun hadapan.
INFO LANJUT BANTUAN STR
Informasi yang kami sediakan dalam artikel ini berkaitan ‘Kemaskini STR 2026’ adalah dirujuk sepenuh dari sumber yang sahih iaitu daripada Portal STR. Untuk info yang lebih lanjut serta terperinci, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]