CARA KEMASKINI STR 2026 : SILA KEMAS KINI MAKLUMAT ANDA SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA

CARA KEMASKINI STR 2026 : SILA KEMAS KINI MAKLUMAT ANDA SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA

Supaya nama tidak tercicir dan dapat jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan tepat dan selayaknya, penerima digalakkan untuk membuat kemaskini maklumat permohonan bagi penerimaan bayaran untuk tahun 2026 di portal MySTR yang baharu.

Bagaimanakah cara kemaskini STR 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA SEMAKAN STR 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH ANDA SEGERA

SYARAT KELAYAKAN STR 2026

Setiap kategori isi rumah, warga emas dan bujang ditetapkan syarat-syarat yang berbeza seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
UmurTiada had
Status
Perkahwinan
Berkahwin / Balu /
Duda / Janda
Kadar
Pendapatan
Bawah RM2,500 (B40) /
RM2,501 – RM5,000 (M40).
  • Kategori Warga Emas :
SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Umur60 tahun ke atas
Status
Perkahwinan
Bujang / Balu/
Duda / Janda
Kadar
Pendapatan
Bawah RM5,000
  • Kategori Bujang :
SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Umur21 – 59 tahun
Status
Perkahwinan
Bujang / Balu /
Duda / Janda
Kadar
Pendapatan
Bawah RM2,500
Status
Pendidikan
Tamat belajar
sepenuh masa

JUMLAH BANTUAN STR 2026

Jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ditetapkan mengikut kategori dan kelayakan seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH
BANTUAN STR
JUMLAH
BANTUAN SARA
Isi Rumah B400 anak : RM700
1-2 anak : RM1,200
3-4 anak : RM1,700
5 ke atas : RM2,200
+RM1,200
Isi Rumah M400 anak : RM200
1-2 anak : RM450
3-4 anak : RM700
5 ke atas : RM950
+RM1,200
Warga EmasRM600+RM600
Bujang+RM600

MAKLUMAT STR YANG KENA KEMASKINI 2026

Antara maklumat-maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang kena kemaskini adalah :

  • Maklumat Pemohon :
    • Status perkahwinan (bujang / berkahwin / bercerai / balu).
    • Alamat tempat tinggal terkini.
    • Maklumat pekerjaan.
    • Kadar pendapatan bulanan terkini (naik / turun).
    • Nombor telefon aktif / alamat e-mel aktif.
  • Maklumat Pendapatan :
    • Kiraan pendapatan bulanan terkini (naik / turun).
    • Status pekerjaan : hilang pekerjaan / dapat kerja baharu / perniagaan sendiri / kerja sambilan).
  • Maklumat Pasangan (Jika Ada) :
    • Nama & Nombor Kad Pengenalan.
    • Status pekerjaan / pendapatan pasangan.
    • Akaun bank pasangan (jika ingin digunakan untuk pembayaran STR).
    • Status semasa (contoh : pasangan meninggal dunai / bercerai).
  • Maklumat Tanggungan :
    • Ada anak baru lahir / anak angkat baharu.
    • Anak kini melepasi umur kelayakan (21 tahun ke atas dan tidak belajar).
    • Anak meninggal dunia.
    • Anak tamat pengajian atau tidak lagi belajar sepenuh masa.
  • Maklumat Akaun Bank :
    • Tukar maklumat nombor akaun bank yang baharu (jika ada).
    • Pastikan nombor akaun masih aktif dan atas nama pemohon sendiri / pasangan.
    • Elakkan akaun bersama atau akaun syarikat.
  • Maklumat Waris (Jika berlaku kematian pemohon) :
    • Kemaskini maklumat waris yang terkini (jika berlaku pertukaran waris baharu).

CARA KEMASKINI STR 2026

Ikuti panduan lengkap cara kemaskini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi STR 2026 di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Klik terus pada butang [Log Masuk].
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan tersebut.
  4. Klik butang [Semak].
  5. Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan, klik butang [Ya] jika betul.
  6. Masukkan kata laluan yang anda tetapkan.
  7. Kemudian, klik butang [Log Masuk].
  8. Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
  9. Klik pada [Kemas kini Permohonan].
  10. Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat.
  11. Muat naik dokumen Sokongan.
  12. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
  13. ⁠Klik pada butang [Hantar].
  14. ⁠Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  15. Selesai.

RUJUKAN LANJUT STR

Artikel ini ditulis daripada rujukan yang sahih melalui Portal MySTR 2026 untuk memudahkan carian orang ramai berkaitan ‘Kemaskini STR 2026’. Namun, sekirnya anda mempunyai masalah atau pertanyaan yang lebih lanjut, sila rujuk pihak STR seperti berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment