SEBAB PERLU KEMASKINI STR 2026 : SUPAYA NAMA ANDA SEBAGAI PENERIMA TIDAK TERCICIR DISEBABKAN PERTUKARAN PORTAL BARU

SEBAB PERLU KEMASKINI STR 2026 : SUPAYA NAMA ANDA SEBAGAI PENERIMA TIDAK TERCICIR DISEBABKAN PERTUKARAN PORTAL BARU

Di Portal STR yang baru, penerima sedia ada disarankan untuk mendaftar akaun yang baharu walaupun telah mempunyai akaun yang terdahulu. Selain itu juga, penerima sedia ada perlu membuat kemaskini maklumat permohonan STR untuk penerimaan 2026.

Apakah sebab perlu kemaskini STR 2026? Bagaimanakah cara kemaskini maklumat yang baru? Ikuti info dan panduan di bawah.

BACA JUGA : SEMAK STATUS STR 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

SIAPA PERLU KEMASKINI STR 2026

Bukan semua penerima / pemohon perlu kemaskini maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), namun hanya golongan yang tertentu sahaja. Antara yang penerima yang perlu kemaskini STR adalah :

  • Penerima Sedia Ada yang mempunyai perubahan maklumat :
    • Bagi penerima yang mempunyai perubahan maklumat seperti ‘Status Perkahwinan’, ‘alamat tempat tinggal’, ‘bilangan tanggungan bertambah atau berkurang’, ‘kadar pendapatan berubah’, ‘maklumat akaun bank’, atau ‘maklumat waris berubah’.
  • Penerima yang disahkan ‘Tidak Layak’ tetapi ingin mohon semula :
    • Bagi penerima yang pernah memohon STR 2025 dan disahkan ‘Tidak Layak’ oleh kerana maklumat tidak tepat, boleh kemaskini dan rayuan semula.
  • Penerima yang tidak pernah kemaskini permohonan selama 3 tahun :
    • Bagi penerima yang tidak pernah kemaskini permohonan STR selama 3 tahun atau lebih.

SEBAB PERLU KEMASKINI STR 2026

Penerima / pemohon sedia ada perlu kemaskini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah supaya nama sebagai penerima tidak tercicir disebabkan pertukaran portal MySTR yang baharu. Selain itu juga disebabkan faktor berikut :

  • Untuk memastikan maklumat peribadi masih tepat supaya bantuan tidak terhenti;
  • Bagi memastikan jumlah tanggungan betul supaya dapat menerima bayaran sesuai dengan kelayakan;
  • Untuk memastikan akaun permohonan penerima sedia ada masih aktif;
  • Elakkan disenarai sebagai tidak layak kerana maklumat lama dan tidak sah;
  • Bagi memastikan bayaran setiap fasa dapat masuk ke akaun bank yang aktif.

MAKLUMAT PERLU KEMASKINI STR 2026

Kemaskini maklumat permohonan STR hanya boleh dilakukan jika terdapat sebarang perubahan maklumat yang terkini. Antara maklumat-maklumat yang perlu dikemas kini adalah :

  1. Maklumat Pemohon (Individu Utama) :
    • Status perkahwinan (bujang / berkahwin / bercerai / balu).
    • Alamat tempat tinggal terkini.
    • Maklumat pekerjaan.
    • Kadar pendapatan bulanan terkini (naik / turun).
    • Nombor telefon aktif / alamat e-mel aktif.
  2. Maklumat Pendapatan :
    • Kiraan pendapatan bulanan terkini (naik / turun).
    • Status pekerjaan : hilang pekerjaan / dapat kerja baharu / perniagaan sendiri / kerja sambilan).
  3. Maklumat Pasangan (Jika Ada) :
    • Nama & Nombor Kad Pengenalan.
    • Status pekerjaan / pendapatan pasangan.
    • Akaun bank pasangan (jika ingin digunakan untuk pembayaran STR).
    • Status semasa (contoh : pasangan meninggal dunai / bercerai).
  4. Maklumat Tanggungan :
    • Ada anak baru lahir / anak angkat baharu.
    • Anak kini melepasi umur kelayakan (21 tahun ke atas dan tidak belajar).
    • Anak meninggal dunia.
    • Anak tamat pengajian atau tidak lagi belajar sepenuh masa.
  5. Maklumat Akaun Bank :
    • Tukar maklumat nombor akaun bank yang baharu (jika ada).
    • Pastikan nombor akaun masih aktif dan atas nama pemohon sendiri / pasangan.
    • Elakkan akaun bersama atau akaun syarikat.
  6. Maklumat Waris (Jika berlaku kematian pemohon) :
    • Kemaskini maklumat waris yang terkini (jika berlaku pertukaran waris baharu).

CARA KEMASKINI STR 2026

Sekiranya anda telah berjaya mendaftar akaun yang baharu di Portal STR 2026, anda boleh terus membuat kemaskini maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di laman web rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Klik terus pada butang [Log Masuk].
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan tersebut.
  4. Klik butang [Semak].
  5. Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan, klik butang [Ya] jika betul.
  6. Masukkan kata laluan yang anda tetapkan.
  7. Kemudian, klik butang [Log Masuk].
  8. Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
  9. Klik pada [Kemas kini Permohonan].
  10. Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat.
  11. Muat naik dokumen Sokongan.
  12. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
  13. ⁠Klik pada butang [Hantar].
  14. ⁠Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  15. Selesai.

INFO LANJUT STR

Informasi yang kami sediakan dalam artikel ini berkaitan ‘Kemaskini STR 2026’ adalah dirujuk sepenuh dari sumber yang sahih daripada Portal STR. Untuk info yang lebih lanjut serta terperinci, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment