SEMAK STATUS STR 2026 : FASA 2
Memasuki pembayaran STR 2026 Fasa 2, sistem penyaluran bantuan tunai kerajaan terus diperkemas melalui integrasi digital yang lebih menyeluruh bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar layak. Melakukan semak status STR 2026 melalui portal rasmi MySTR bukan sekadar untuk mengetahui jumlah bayaran yang bakal diterima, malah ia juga penting bagi memastikan profil pemohon telah dikemas kini dan diselaraskan dengan pangkalan data utama kerajaan yang terkini. Ketepatan maklumat ini amat penting kerana sebarang percanggahan data pendapatan, status perkahwinan atau tanggungan boleh menyebabkan kelewatan dalam proses pembayaran bagi fasa kedua.
Bagi penerima sedia ada mahupun pemohon yang telah mengemas kini permohonan, anda digalakkan untuk memantau Dashboard peribadi secara berkala bagi mengesan sebarang notifikasi berkaitan status verifikasi agensi atau keperluan mengemas kini maklumat. Sistem semakan yang digunakan pada tahun ini juga lebih telus dengan memaparkan sebab terperinci sekiranya permohonan berstatus “Tidak Lulus”, sekali gus memudahkan pemohon membuat tindakan lanjut seperti pengemaskinian data atau rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.
Bagaimanakah cara semak status STR 2026 Fasa 2? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk mengetahui cara akses sistem dengan mudah dan tepat.
BACA JUGA : MY KASIH SEMAK 2026 : STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SARA
TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2026
Penetapan tarikh agihan fasa kedua ini dilakukan bagi memastikan bantuan kewangan sampai kepada rakyat tepat pada masa yang diperlukan. Maklumat ini sangat penting bagi membantu anda menguruskan bajet harian serta memantau kemasukan dana ke dalam akaun bank secara teratur. Berikut merupakan jadual lengkap tarikh bayaran STR Fasa 2 2026 sebagai rujukan utama anda:
| PERINGKAT | TARIKH PENGKREDITAN |
|---|---|
| Fasa 2 | 10 Mac 2026 (Selasa) – Penerima Sedia Ada 30 Mac 2026 (Isnin) – Penerima Baharu |
SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Pengesahan kriteria kelayakan merupakan langkah asas yang paling kritikal bagi menjamin permohonan anda diluluskan tanpa sebarang ralat teknikal daripada sistem. Penyelarasan bantuan kali ini dilakukan secara lebih bersasar dengan mengambil kira jumlah pendapatan kasar serta status profil pemohon yang terkini. Bagi individu yang ingin mengemukakan permohonan bantuan STR 2026, berikut adalah syarat kelayakan rasmi yang telah digariskan oleh pihak kerajaan:
- Isi Rumah (STR & SARA)
| ISI RUMAH | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| Pemohon | – Warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di Malaysia; – Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah. |
| Pasangan | – Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau – Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS). |
| Anak | – Hubungan mestilah Anak Kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau Anak Angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja; dan – Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan – Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur: > 18 tahun dan ke bawah; atau > 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Swasta (IPTS). |
- Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA)
| KATEGORI | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| Warga Emas Tiada Pasangan | – Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja; – Had umur 60 tahun dan ke atas; dan – Bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah. |
- Bujang (SARA)
| KATEGORI | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| Bujang | – Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja; – Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau – Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun hingga 59 tahun; dan – Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; serta – Bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah. |
KATEGORI PENERIMA STR FASA 2 2026
Agihan dana bagi fasa permulaan ini difokuskan kepada kelompok sasar yang telah melepasi tapisan kriteria pendapatan mengikut garis panduan terkini daripada Kementerian Kewangan. Setiap kumpulan penerima akan diperuntukkan jumlah bantuan yang berbeza bagi menjamin pengagihan yang lebih saksama berdasarkan keperluan sebenar profil isi rumah. Bagi STR Fasa 2 2026, berikut adalah senarai kategori yang layak menerima bantuan mengikut ketetapan rasmi pihak kerajaan:
| KATEGORI | PENERIMA STR FASA 2 2026 |
|---|---|
| Isi Rumah (STR & SARA) | – Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau – Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak. |
| Warga Emas Tiada Pasangan (STR & SARA) | – Bujang; atau – Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta – Had umur 60 tahun dan ke atas. |
| Bujang (SARA) | – Bujang; atau – Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang Tiada Anak; serta – Had umur 21 tahun hingga 59 tahun; atau – Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan – Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa. |
SEMAK STATUS STR 2026
Penerima Sedia Ada / Pemohon Baharu diingatkan supaya mendaftar akaun baharu sebelum membuat semakan status sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026. Kemudian, ikuti cara semak status seperti berikut:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
SEMAK KAEDAH PENYALURAN BANTUAN STR 2026
Untuk memudahkan rakyat menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kerajaan menyediakan dua (2) kaedah penyaluran yang mengikut jenis penerima sama ada mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank seperti berikut:
| JENIS PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN BANTUAN STR 2026 |
|---|---|
| Penerima Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan |
| Penerima Tiada Maklumat Akaun Bank | Dibayar secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat |
SEMAK JADUAL BAYARAN STR 2026
Pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026 akan dilaksanakan secara berperingkat melalui empat (4) fasa mengikut jadual yang dipaparkan seperti berikut:
| FASA PELAKSANAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | 20 Januari 2026 |
| Fasa 2 | 10 Mac 2026 |
| Fasa 3 | – |
| Fasa 4 | – |
AMAUN BAYARAN STR 2026
Amaun bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah diberikan selayaknya mengikut kategori setiap penerima seperti berikut:
- Isi Rumah B40 (Pendapatan RM2,500 Sebulan dan Ke Bawah):
| BIL. TANGGUNGAN | AMAUN BAYARAN (SETAHUN) |
|---|---|
| Tiada | RM700 |
| 1 – 2 orang | RM1,200 |
| 3 – 4 orang | RM1,700 |
| 5 orang ke atas | RM2,200 |
- Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000 Sebulan):
| BIL. TANGGUNGAN | AMAUN BAYARAN (SETAHUN) |
|---|---|
| Tiada | RM200 |
| 1 – 2 orang | RM450 |
| 3 – 4 orang | RM700 |
| 5 orang ke atas | RM950 |
- Warga Emas Tiada Pasangan (Pendapatan RM5,000 Sebulan dan Ke Bawah):
| BIL. TANGGUNGAN | AMAUN BAYARAN (SETAHUN) |
|---|---|
| Tiada | RM600 |
- Bujang (Pendapatan RM2,500 Sebulan dan Ke Bawah):
| BIL. TANGGUNGAN | AMAUN BAYARAN (SETAHUN) |
|---|---|
| Tiada | – |
JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2026
Penyaluran dana fasa kedua ini bertujuan sebagai sokongan kewangan awal bagi membantu meringankan beban perbelanjaan isi rumah pada suku kedua tahun 2026. Kadar agihan yang ditetapkan adalah merujuk kepada rekod pangkalan data terkini yang telah disahkan kelayakannya menerusi sistem semakan automatik kerajaan. Berikut merupakan perincian jumlah bayaran STR Fasa 2 2026 yang akan dikreditkan mengikut kategori penerima yang telah ditetapkan:
- Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 dan Ke Bawah
| BIL. TANGGUNGAN | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
|---|---|---|---|---|
| Tiada Anak | RM200 | RM150 – RM600 | – | – |
| Anak 1 hingga 2 | RM300 | RM150 – RM600 | – | – |
| Anak 3 hingga 4 | RM400 | RM150 – RM600 | – | – |
| Anak 5 ke atas | RM500 | RM150 – RM600 | – | – |
- Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000
| BIL. TANGGUNGAN | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
|---|---|---|---|---|
| Tiada Anak | RM100 | RM100 – RM250 | – | – |
| Anak 1 hingga 2 | RM100 | RM100 – RM250 | – | – |
| Anak 3 hingga 4 | RM150 | RM100 – RM250 | – | – |
| Anak 5 ke atas | RM200 | RM100 – RM250 | – | – |
- Warga Emas Tiada Pasangan Berpendapatan RM5,000 dan Ke Bawah
| FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
|---|---|---|---|
| RM150 | RM150 | – | – |
- Bujang Berpendapatan RM2,500 dan Ke Bawah
* Nota: Tiada STR diperuntukkan untuk kategori bujang, namun digantikan dalam bentuk bantuan SARA iaitu sebanyak RM50 sebulan.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026
Soalan-soalan yang lazimnya menjadi pertanyaan oleh rakyat adalah seperti berikut:
- Berapakah peruntukan keseluruhan Bantuan STR bagi tahun 2026?
- Kerajaan memperuntukan sebanyak RM15 billion untuk disalurkan kepada rakyat melalui Bantuan STR dan Bantuan SARA.
- Siapakah yang layak terima Bantuan STR tahun 2026?
- Rakyat yang layak terima Bantuan STR adalah kategori isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang yang memenuhi syarat serta kriteria kelayakan yang ditetapkan.
- Adakah Bantuan STR dibayar secara sekaligus kepada penerima?
- Tidak, Bantuan STR dibayar secara berperingkat selama empat (4) fasa.
- Bilakah bayaran kedua Bantuan STR dilaksanakan bagi tahun 2026?
- Bayaran fasa pertama (2) Bantuan STR lazimnya dilaksanakan pada bulan April. Namun bagi tahun 2026, tarikh berkenaan telah diawalkan sehingga 10 Mac 2026.
- Berapakah jumlah maksimum bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026?
- Bayaran Bantuan STR maksimum adalah sebanyak RM2,200 akan diberikan kepada golongan isi rumah B40 serta mempunyai bilangan tanggungan yang ramai.
MAKLUMAT LANJUT
Kesemua maklumat-maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini berkaitan Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah kami rujuk sepenuhnya daripada Laman Rasmi STR. Untuk maklumat lebih terperinci, sila rujuk pihak berautoriti di bawah:
- Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747
- Talian Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.