LOG MASUK PORTAL STR 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN
Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 masih lagi dibuka untuk penerima sedia ada dan penerima baharu membuat semakan status kelayakan dan semakan status bayaran yang terbaru untuk fasa ke-4.
Bagaimanakah cara log masuk portal STR untuk semakan status? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN STR 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
MAKLUMAT BAYARAN STR 2025
Maklumat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti kaedah bayaran, tarikh penerimaan dan kadar bantuan adalah berbeza kepada setiap kategori mengikut kelayakan dan bilangan tanggungan penerima.
Ketahui maklumat bayaran Fasa 4 yang lebih lanjut di bawah :
KAEDAH BAYARAN STR
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN |
---|---|
Ada akaun bank | Dibayar melalui pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima |
Tiada akaun bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Dibayar secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
TARIKH BAYARAN STR 2025
FASA BAYARAN | TARIKH |
---|---|
Fasa 1 | 22 – 28 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 – 27 Mac 2025 |
Fasa 3 | 12 – 21 Ogos 2025 |
Fasa 4 | 18 – 24 Oktober 2025 |
KADAR BAYARAN STR 2025
- Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 :
BIL. TANGGUNGAN | KADAR BAYARAN |
---|---|
Tiada | RM200 |
1 – 2 orang | RM350 |
3 – 4 orang | RM500 |
5 orang ke atas | RM700 |
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
BIL. TANGGUNGAN | KADAR BAYARAN |
---|---|
Tiada | RM100 |
1 – 2 orang | RM200 |
3 – 4 orang | RM250 |
5 orang ke atas | RM350 |
- Warga Emas Tiada Pasangan :
BIL. TANGGUNGAN | KADAR BAYARAN |
---|---|
Tiada | RM150 |
- Bujang / Balu / Duda / Janda :
BIL. TANGGUNGAN | KADAR BAYARAN |
---|---|
Tiada | RM150 |
PAUTAN LOG MASUK PORTAL STR 2025
Terdapat dua (2) Portal STR yang dibuka iaitu STR 2025 dan STR 2026 yang boleh diakses untuk log masuk :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
STR 2025 | https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/ |
STR 2026 | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
CARA LOG MASUK PORTAL STR 2025
Ikuti cara log masuk ke Portal STR untuk semakan status kelayakan dan status bayara seperti berikut :
- Layari pautan Portal Rasmi STR 2025 di atas.
- Halaman Utama STR 2025 akan dipaparkan.
- Klik butang [Tutup] untuk makluman terkini.
- Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Ya] untuk sahkan kata kunci keselamatan.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Dashboar pemohon akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan dan status bayaran STR akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR
- Bilakah penerima baharu akan terima bayaran STR Fasa 4 2025?
- Penerima baharu akan terima bayaran STR Fasa 4 bermula 13 November 2025.
- Berapakah kadar bayaran STR Fasa 4 yang akan diterima oleh penerima bujang?
- Penerima dalam kategori bujang akan terima bayaran STR Fasa 4 sebanyak RM150.
- Bolehkah penerima sedia ada menuntut bayaran STR secara tunai di kaunter BSN sedangkan telah mendaftar akaun dalam permohonan STR?
- Tidak boleh, penerima perlu menunggu bayaran STR dimasukkan dalam akaun.
- Apakah perlu dilakukan sekiranya penerima berstatus ‘Gagal Kredit’?
- Penerima yang berstatus ‘Gagal Kredit’ perlu mengambil wang bayaran STR di kaunter BSN terdekat.
- Adakah permohonan STR Fasa 4 masih dibuka?
- Permohonan STR Fasa 4 telah ditutup pada 20 September 2025.
RUJUKAN STR 2025
Sila rujuk pihak STR yang berwajib seperti talian dan e-mel yang tertera di bawah untuk ketahui info lebih lanjut. Kerana setiap info yang kami tulis dalam artikel ini adala dirujuk sepenuhnya daripada Portal rasmi STR.
- Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
- Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]