SEMAKAN MYSARA 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Lebih ramai rakyat Malaysia bakal menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2026, sebagai tambahan kepada STR yang disalurkan dalam bentuk barangan asas, bagi memenuhi keperluan bulanan penerima.
Bagaimanakah semakan mysara 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN SARA BUJANG 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & REGISTER PERMOHONAN
SYARAT KELAYAKAN
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan MySARA 2026 mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
KAEDAH PENGKREDITAN
Ringkasan pembayaran Bantuan MySARA 2026 2026 seperti berikut :
- Penerima STR Sahaja : Kadar kelayakan sehingga RM1,200 setahun (RM100 sebulan)
- Penerima STR (Berstatus eKasih) : Kadar kelayakan sehingga RM2,400 setahun (RM200 sebulan);
Bantuan akan disalurkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima, dan boleh dibelanjakan di kedai berdaftar untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan.
KADAR KELAYAKAN MYSARA 2026
Jumlah Bantuan MySARA 2026 akan disalurkan seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR SARA (BERSTATUS EKASIH) | KADAR SARA (BUKAN EKASIH) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 (RM200 Sebulan) | RM1,200 (RM100 Sebulan) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,800 (RM150 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
| Bujang | RM1,200 (RM100 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
SEMAKAN MYSARA 2026
Status Kelayakan Penerima Bantuan MySARA 2026, boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Semak Status di Portal SARA :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Selesai.
Semak Status di Portal MySTR :
- Layari Portal rasmi mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Halaman Utama Log Masuk mySTR akan dipaparkan.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Klik (Semakan Status Permohonan STR).
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
CARA GUNA MYSARA 2026
Penerima boleh menggunakan kredit bantuan MySARA untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut :
- Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 15 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
- Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026