MAYBANK STR FASA 4 : BILA MASUK?

MAYBANK STR FASA 4 : BILA MASUK?

Lain penerima lain bank yang digunakan untuk menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan setiap penerima akan menerima bayaran pada tarikh dan waktu yang berlainan kerana Kerajaan melaksanakan bayaran STR melalui sistem IBG Fund Transfer.

Bagaimankah semakan STR Fasa 4 bila masuk dalam Maybank? Rujuk info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN PEMBAYARAN STR FASA 4 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

CARA BAYARAN STR FASA 4

Bantuan STR Fasa 4 dibayar melalui dua (2) cara, iaitu :

  • Bayaran Tunai Di BSN :
    • Bagi penerima yang tiada akaun bank atau penerima status ‘Gagal Kredit’ atau penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak perlu menerima bayaran secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Bayaran Melalui Akaun Bank :
    • Bagi penerima yang mempunyai akaun bank seperti Maybank, Bank Islam dan sebagainya serta mendaftarkan dalam permohonan STR, perlu menunggu bayaran dimasukkan secara berperingkat selama 3 hingga 5 hari bekerja selepas tarikh diumumkan.

WAKTU MASUK STR FASA 4 MAYBANK

Penerima yang mendaftar akaun jenis Maybank perlu menunggu bayaran masuk pada waktu seperti berikut :

  • Selepas 9:00 malam.

*Namun, waktu bayaran masuk adalah tidak menentu dan perlu menunggu selama 3 hingga ke 5 hari bekerja.

TARIKH MASUK STR FASA 4 MAYBANK

Pembayaran STR Fasa 4 akan dimasukkan secara berperingkat melalui akaun Maybank dan lain-lain akaun mengikut tarikh seperti berikut :

  • Bermula 18 Oktober 2025 hingga 24 Oktober 2025 – bagi penerima sedia ada.
  • Bermula 13 November 2025 – bagi penerima baharu.

Bagi penerima yang tiada akaun pula akan dibayar melalui kaunter BSN bermula pada 21 Oktober 2025 (penerima sedia ada) dan 13 November 2025 (penerima baharu).

AMAUN BANTUAN STR FASA 4

Amaun Bantuan STR Fasa 4 adalah dibayar mengikut kategori dan bilangan anak / tanggungan seperti berikut :

  • Isi Rumah B40 :
    • 0 anak : RM200.
    • 1 – 2 anak : RM350.
    • 3 – 4 anak : RM500.
    • 5 ke atas : RM700.
  • Isi Rumah M40 :
    • 0 anak : RM100.
    • 1 – 2 anak : RM200.
    • 3 – 4 anak : RM250.
    • 5 ke atas : RM350.
  • Warga Emas : RM150.
  • Bujang : RM150.

SEMAKAN BAYARAN STR FASA 4

Bagi penerima yang masih belum menerima bayaran STR Fasa 4 dalam akaun Maybank, status bayaran boleh disemak seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi STR 2025 : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/.
  2. Di halaman utama STR, klik [Tutup] untuk makluman terkini.
  3. Masukkan nombor MyKad tanpa – dan tanpa jarak.
  4. Klik pada butang [Log Masuk].
  5. Kata Kunci Keselamatan (nama pemohon) akan dipaparkan.
  6. Klik butang [Ya] sekiranya betul.
  7. Seterusnya, masukkan kata laluan yang telah disahkan.
  8. Sekali lagi, klik butang [Log Masuk].
  9. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  10. Klik pada butang [Semakan Permohonan].
  11. Status pembayaran Fasa 4 akan dipaparkan :
    • “Dalam Proses Kredit”; atau
    • “Telah Dikreditkan”; atau
    • “Gagal Kredit”.
  12. Selesai.

*Sekiranya status memaparkan “Gagal Kredit”, penerima perlu mengambil bayaran STR di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

INFO LANJUT STR

Semua informasi berkaitan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di atas adalah dirujuk dari sumber yang sahih iaitu melalui Portal rasmi STR 2025. Untuk info yang lebih lanjut, sila rujuk di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/17102025_Siaran%20Media%20-%20Pembayaran%20Fasa%204%20(Akhir)%20STR%202025.pdf.

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment