SEMAKAN PEMBAYARAN STR FASA 4 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN PEMBAYARAN STR FASA 4 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Terkini, kesemua individu yang berjaya lulus dalam permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh mula menuntut bayaran Fasa 4 di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi yang tiada akaun. Manakala individu yang mempunyai akaun bank perlu menunggu bayaran masuk ke dalam akaun.

Bagaimanakah semakan pembayaran STR Fasa 4? Ikuti cara semakan yang lengkap di bawah.

BACA JUGA : SYARAT KELAYAKAN SARA 2026 : ADAKAH ANDA LAYAK? REGISTER PERMOHONAN BARU UNTUK ELAK NAMA ANDA TERCICIR SEBAGAI PENERIMA

PENERIMA YANG LAYAK STR FASA 4 2025

Terdapat pertambahan bilangan penerima yang baharu diluluskan serta layak untuk menerima bayaran STR Fasa 4 bagi tahun 2025. Bilangan keseluruhan penerima yang terkini adalah seramai 8.8 juta penerima daripada kategori :

  • Isi Rumah B40 : 3.1 juta
  • Isi Rumah M40 : 1.0 juta
  • Warga Emas (Bujang) : 1.3 juta
  • Bujang : 3.4 juta

SEMAKAN PEMBAYARAN STR FASA 4 2025

Untuk mengetahui status pembayaran STR Fasa 4 sama ada ‘Telah Dikreditkan’ atau ‘ Dalam Proses Kredit’ atau ‘Gagal Kredit’, boleh disemak secara dalam talian (online) melalui pautan Laman web rasmi STR 2025 seperti berikut :

  1. Layari pautan Laman web rasmi STR 2025 di sini : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/.
  2. Pop-up ‘Makluman Terkini’ akan muncul pada halaman utama STR.
  3. Klik pada butang [Tutup] di bawah.
  4. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
    • *Pastikan ikut format (tanpa – dan tanpa jarak).
  5. Klik butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, ‘Kata Kunci Keselamatan’ akan dipaparkan.
    • Klik butang [Ya] kalau betul.
  7. Masukkan ‘Kata Laluan’ yang sah mengikut yang didaftarkan.
  8. Klik pada butang [Log Masuk].
  9. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  10. Terus ke bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Maklumat pembayaran STR Fasa 4 akan dipaparkan.
  12. Selesai.

TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 4 2025

Pembayaran STR Fasa 4 telah mula dilaksanakan dan bayaran adalah dijadualkan secara berperingkat kepada semua 8.8 juta penerima sedia ada dan penerima baharu melalui pengkreditan dalam akaun bank dan bayaran tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Jadual Bayaran Kepada 8.6 Juta Penerima Sedia Ada :

JENIS PENERIMAANTARIKH PEMBAYARAN
Pengkreditan melalui
akaun bank penerima
18 Oktober 2025
hingga
24 Oktober 2025
Pembayaran melalui
kaunter BSN
Bermula 21 Oktober 2025

Jadual Bayaran Kepada 0.2 Juta Penerima Baharu :

JENIS PENERIMAANTARIKH PEMBAYARAN
Pengkreditan melalui
akaun bank penerima
Bermula 13 November 2025
Pembayaran melalui
kaunter BSN
Bermula 13 November 2025

JUMLAH PEMBAYARAN STR FASA 4 2025

Kadar implikasi peruntukan bagi pembayaran STR Fasa 4 adalah melibatkan sebanyak RM2 billion untuk disalurkan kepada 8.8 juta penerima dan setiap penerima B40 dan M40 akan menerima jumlah bayaran yang berbeza mengikut kategori.

Pembayaran STR Fasa 4 Bagi Kategori Isi Rumah :

BIL. ANAKISI RUMAH B40ISI RUMAH M40
TiadaRM200RM100
1 – 2 orangRM350RM200
3 – 4 orangRM500RM250
5 orang ke atasRM700RM350

Pembayaran STR Fasa 4 Bagi Kategori Bujang / Balu / Duda / Janda :

BIL. ANAKBUJANG
21 – 59 TAHUN
BUJANG
60 TAHUN KE ATAS
TiadaRM150RM150

SOALAN LAZIM (FAQ) STR

  • Bilakah penerima sedia ada akan menerima pengkreditan Bantuan STR fasa 4 melalui akaun bank?
    • Pengkreditan Bantuan STR Fasa 4 kepada penerima sedia ada adalah bermula pada 18 Oktober sehingga 24 Oktober 2025.
  • Bolehkah penerima sedia ada yang mendaftarkan akaun bank mengambil bayaran tunai di kaunter BSN?
    • Penerima sedia ada yang telah mendaftarkan akaun bank yang aktif perlu menunggu bayaran STR masuk ke dalam akaun tersebut.
  • Dimanakah penerima yang tiada akaun boleh menuntut bayaran STR Fasa 4?
    • Bagi penerima yang tiada akaun bank atau penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak boleh menuntut bayaran STR di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat.
  • Bolehkah Bantuan STR digunakan untuk bayar bil dan beli peralatan rumah?
    • Ya boleh, Bantuan STR yang dikreditkan secara tunai boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi bagi memenuhi keperluan dan meringankan bebanan kos sara hidup rakyat.
  • Adakah penerima baharu akan menerima bayaran STR Fasa 4 sekali dengan penerima sedia ada?
    • Penerima baharu akan mula menerima bayaran STR Fasa 4 bermula 13 November 2025 dan berperingkat.

RUJUKAN LANJUT STR

Maklumat pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikongsikan dalam artikel ini adalah kami rujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi STR 2025. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

Leave a Comment