BORANG PERMOHONAN STR : MUAT TURUN/DOWNLOAD BORANG BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan belum pernah menerima STR boleh membuat permohonan bagi tahun 2026, secara atas talian di Portal Rasmi Bantuan sementara permohonan masih dibuka.
Bagaimanakah muat turun borang permohonan str? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: PERMOHONAN BANTUAN MYKAD 2026 : CARA DAFTAR & REGISTER
SYARAT KELAYAKAN
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
KADAR KELAYAKAN STR
Jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR MAKSIMUM BAYARAN STR 2026 (SETAHUN) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM700 1 hingga 2 Anak : RM1,200 3 hingga 5 Anak : RM1,700 5 Anak dan Ke atas : RM2,200 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM200 1 hingga 2 Anak : RM450 3 hingga 5 Anak : RM700 5 Anak dan Ke atas : RM950 |
Warga emas tiada pasangan | RM 600 |
Bujang | STR Bujang digantikan dengan pemberian SARA 2026 |
KAEDAH PERMOHONAN STR
Permohonan STR 2026 boleh dilalkukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Secara dalam talian di Portal Rasmi STR di pautan, https://bantuantunai.hasil.gov.my/ ; atau
- Penghantaran Borang Permohonan STR ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC)
Catatan : Anda digalakkan untuk membuat Permohonan STR secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat.
TARIKH PERMOHONAN STR
Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti berikut :
TARIKH BUKA | TARIKH TUTUP STR FASA 1 | CATATAN |
---|---|---|
13 Oktober 2025 | 28 November 2025 | Permohonan STR 2026, dibuka sepanjang tahun. Namun, untuk pembayaran FASA 1, permohonan dibuka sehingga 28 November 2025. |
BORANG PERMOHONAN STR
Anda boleh muat turun dan dapatkan borang permohonan STR seperti berikut :
PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN STR ONLINE
Individu yang belum pernah memohon bantuan STR, anda boleh mengikut panduan lengkap cara mohon STR 2026 di sini :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
- Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan status Perkahwinan Anda :
- Kahwin;
- Cerai;
- Kematian Pasangan;
- Bujang (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh).
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]