BAYARAN STR FASA 4 2025 MULA DIKREDITKAN : SEMAK STATUS SEKARANG
Bagi bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 ini, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2 billion dan jumlah ini adalah termasuk 200,000 pemohon baharu yang telah diluluskan dan pengkreditan telah mula dibuat secara berperingkat.
Bagaimanakah semak bayaran STR Fasa 4 mula dikreditkan? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : LOGIN PORTAL STR 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN
🚨 BAYARAN STR FASA 4 2025 MULA DIKREDITKAN
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 telah mula dikreditkan bermula pada 18 Oktober 2025 (hari ini) secara berperingkat dan ianya lebih awal dari jadual asal iaitu pada pertengahan bulan November 2025.
Hal ini kerana, Kerajaan bertekad untuk memastikan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini dapat dimanfaatkan oleh segenap lapisan rakyat Malaysia dan memberi kelegaan kewangan menjelang sambutan Deepavali.
📆 BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2025 DIKREDITKAN?
Tarikh rasmi bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 telah diumumkan. Berikut merupakan tarikh-tarikh pengkreditan mengikut kelayakan penerima :
CARA PENERIMAAN | PENERIMA SEDIA ADA | PENERIMA BAHARU |
---|---|---|
Pengkreditan dalam akaun | 18 Oktober 2025 – 24 Oktober 2025 | Bermula 13 November 2025 |
Pembayaran tunai di BSN | 18 Oktober 2025 | 13 November 2025 |
🤷 SIAPA LAYAK TERIMA BAYARAN STR FASA 4?
Pertambahan seramai 200,000 penerima baharu menjadikan keseluruhan penerima yang layak menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 adalah seramai 8.8 juta yang terdiri daripada kategori isi rumah, warga emas dan bujang yang memenuhi kelayakan berikut :
- Kategori Isi Rumah :
SYARAT | KELAYAKAN |
---|---|
Warganegara | Malaysia |
Umur | Tiada had umur |
Status Perkahwinan | Berkahwin (ada / tiada anak) atau Bercerai (ada anak) |
Kadar Pendapatan | Isi Rumah pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan |
- Kategori Warga Emas :
SYARAT | KELAYAKAN |
---|---|
Warganegara | Malaysia |
Umur | 60 tahun dan ke atas |
Status Perkahwinan | Bujang / Bercerai / Balu (tiada anak) |
Kadar Pendapatan | Tidak melebihi RM5,000 sebulan |
- Kategori Bujang :
SYARAT | KELAYAKAN |
---|---|
Warganegara | Malaysia |
Umur | 21 hingga 59 tahun (OKU umur 19 tahun ke atas) |
Status Perkahwinan | Bujang / Balu / Duda / Janda (tiada anak) |
Kadar Pendapatan | Tidak melebihi RM2,500 sebulan |
Status Pendidikan | Telah tamat belajar & bukan lagi tanggungan ibu/bapa |
💵 BERAPA JUMLAH BANTUAN STR FASA 4 2025 DIKREDITKAN?
Jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 yang dikreditkan kepada setiap kategori adalah tidak sama dan ianya bergantung kepada kelayakan dan jumlah anak yang ditanggung oleh penerima. Berikut merupakan jumlah bayaran yang akan dikreditkan :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN | KADAR IMPLIKASI |
---|---|---|
Isi Rumah B40 | RM200 – RM700 (bergantung jumlah anak) | RM1.1 billion |
Isi Rumah M40 | RM100 – RM350 (bergantung jumlah anak) | RM0.2 billion |
Warga Emas (Tiada pasangan) | RM150 | RM0.2 billion |
Bujang | RM150 | RM0.5 billion |
📝 BAGAIMANA SEMAK STATUS KELAYAKAN STR FASA 4 2025?
Semakan status kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi STR seperti berikut :
- Pergi ke Portal Rasmi STR.
- Layari pautan Portal Rasmi STR :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Log masuk portal.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan maklumat peribadi.
- Isikan ruangan dengan nombor Kad Pengenalan anda dan klik [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan.
- Sahkan kata kunci kesalamatan yang dipaparkan dengan klik butang [Ya].
- Kata Laluan.
- Masukkan kata laluan yang telah anda tetapkan.
- Terus Log Masuk.
- Klik butang [Log Masuk] untuk teruskan.
- Dashboard pemohon.
- Dashboard pemohon STR akan dipaparkan.
- Pergi ke STR 2025.
- Layarkan skrin ke bawah dan klik butang [Semakan Permohonan] STR 2025.
- Paparan Status dan jumlah bayaran.
- Penerima akan dipaparkan dengan status kelayakan dan jumlah bayaran STR 2025.
- Selesai.
📞 RUJUKAN RASMI STR
Pertanyaan lebih lanjut atau sebarang masalah dihadapi berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh rujuk pihak STR secara rasmi, kerana pihak kami hanya sekadar menulis artikel yang berkaitan bantuan kerajaan yang terkini sahaja. Berikut merupakan rujukan rasmi STR :
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Talian Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Talian Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]