CHECK STATUS SARA 2026 (BANTUAN ASAS RAHMAH)

CHECK STATUS SARA 2026 (BANTUAN ASAS RAHMAH)

Inisiatif kerajaan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana diteruskan, membolehkan penerima terus menikmati bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas sepanjang tahun 2026.

Bagaimanakah check status sara 2026? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN STATUS SARA 2026 (BANTUAN MYKASIH STR)

CHECK KELAYAKAN SARA 2026

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan 2026 mestilah terdiri daripada :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
    • Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

JUMLAH & KADAR BANTUAN SARA 2026

Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN MAKSIMUM
(SETAHUN)
Isi rumah
Berpendapatan RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1,200
1 hingga 2 Anak : RM 1,200
3 hingga 5 Anak : RM 1,200
5 Anak dan Ke atas : RM 1,200
Isi rumah
Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 1,200
1 hingga 2 Anak : RM 1,200
3 hingga 5 Anak : RM 1,200
5 Anak dan Ke atas : RM 1,200
Warga Emas Tiada PasanganRM 600
BujangRM 600
  • Penerima STR Sahaja : Kadar kelayakan sehingga RM 1,200 setahun (RM100 sebulan)
  • Penerima STR (Berstatus eKasih) : Kadar kelayakan sehingga RM 2,400 setahun (RM200 sebulan)
  • Semua Rakyat Malaysia : RM100 ONE-OFF (Februari 2026)

KEDAI & BARANGAN SARA 2026

Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad:

  • Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak Masak / Tepung
  • Makanan : Biskut / Mee Segera
  • Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
  • Makanan Dalam tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
  • Bahan perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
  • Produk Kebersihan Diri : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
  • Ubat-ubatan : Panadol / Ubat Batuk
  • Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah / Kasut Sekolah
  • Produk Kebersihan Rumah : Sabun Pencuci Pinggan / Sabun Pencuci Lantai / Sabun Pencuci Pakaian

Penerima boleh dapatkan barangan asas di lebih daripada 7,300 kedai berdaftar di seluruh Malaysia yang berdaftar MyKasih termasuk pasar raya besar seperti Mydin, Giant, Econsave, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco).

Senarai penuh kedai SARA 2026 boleh rujuk di : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

CHECK STATUS SARA 2026

Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal SARA; dan
  • Portal MySTR

Cara semakan status di Portal SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 di : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula
    • Tarikh Program Berakhir
    • Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

Cara semakan status di Portal MySTR :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2026

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2026:

  1. Adakah SARA 2026 perlu daftar permohonan baharu?
    • Tidak, Kelayakan penerima SARA adalah secara automatik jika anda merupakan penerima STR 2026.
  2. Siapa yang layak menerima SARA 2026?
    • Semua penerima STR 2026 (Kategori Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan) layak menerima SARA secara automatik.
  3. Bila bantuan SARA mula dikreditkan?
    • Seperti sebelum ini, bantuan bakal dikreditkan setiap bulan ke dalam MyKad penerima bemula Januari sehingga Disember 2026.
  4. Bagaimanakah semakan baki dalam MyKad?
    • Baki SARA 2026 boleh disemak secara online di Portal SARA atau Portal MySTR, atau secara langsung di kedai berdaftar dengan menggunakan MyKad.
  5. Bolehkah bantuan SARA digunakan di semua kedai?
    • Hanya kedai yang berdaftar di bawah Program SARA sahaja boleh menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan asas yang diluluskan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment