LOGIN PORTAL STR 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN
Kerajaan mewujudkan sebuah Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk memudahkan rakyat mengemukakan permohonan dan juga untuk mengetahui status kelayakan dari fasa ke fasa dengan mudah dan boleh diakses secara atas talian (online) sahaja.
Bagaimanakah cara login Portal STR untuk semakan status kelayakan penerima bayaran? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : CHECK STATUS SARA 2026 (BANTUAN ASAS RAHMAH)
π’ INFO TERKINI BAYARAN STR 2025
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah selesai dilaksanakan untuk Fasa 1, 2 dan 3. Kini, Kerajaan akan melaksanakan untuk bayaran Fasa ke-4 tahun ini dengan pertambahan jumlah penerima melibatkan peruntukan sebanyak RM2 billion.
- Fasa 1 : 8.3 juta penerima.
- Fasa 2 : 8.5 juta penerima.
- Fasa 3 : 8.6 juta penerima.
- Fasa 4 : 8.8 juta penerima.
π TARIKH PELAKSANAAN STR 2025
Kerajaan akan melaksanakan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang terbaru iaitu Fasa ke-4 mengikut tarikh-tarikh seperti berikut :
- Pengkreditan Dalam Akaun Bank :
- Penerima Sedia Ada : Bermula 18 Oktober 2025 – 24 Oktober 2025.
- Penerima Baharu : Bermula 13 November 2025.
- Pembayaran Tunai Di Kaunter BSN :
- Penerima Sedia Ada : Bermula 21 Oktober 2025.
- Penerima Baharu : Bermula 13 November 2025.
π° JUMLAH AGIHAN STR 2025
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diagihkan secara berperingkat melalui 4 Fasa dan lebihan jumlah bayaran daripada Fasa 1, 2, dan 3 akan dibayar untuk Fasa ke-4 seperti berikut :
- π©ββ€οΈβπ¨ Isi Rumah B40 :
- Tiada anak : RM200
- 1 – 2 anak : RM350
- 3 – 4 anak : RM500
- 5 & ke atas : RM700
- π©ββ€οΈβπ¨ Isi Rumah M40 :
- Tiada anak : RM100
- 1 – 2 anak : RM150
- 3 – 4 anak : RM250
- 5 & ke atas : RM350
- π§ Warga Emas Tiada Pasangan :
- RM150
- π§ Bujang Umur 21 – 59 tahun :
- RM150
π PAUTAN LOGIN PORTAL STR 2025
Terdapat dua (2) portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang boleh diakses untuk semakan status kelayakan dan semakan bayaran. Berikut merupakan antara pautan login :
- Pautan Portal Rasmi STR 2025 : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/.
- Pautan Portal Rasmi STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
π±CARA LOGIN PORTAL STR 2025
Sekiranya anda memilih Portal Rasmi STR 2025, ada boleh terus login untuk semakan status kelayakan ada. Bagaimana cara untuk login Portal STR 2025? Ikuti panduan di bawah :
- Pergi ke Portal Rasmi STR 2025 : https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/.
- Halaman utama STR 2025 akan dipaparkan.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan tersedia.
- *Pastikan tanpa sengkang (-) dan tanpa jarak.
- Terus klik pada butag [Log Masuk].
- Klik butang [Semak] untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan.
- “Kata Kunci Keselamatan” akan dipaparkan, klik [Ya] jika betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda tetapkan.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- Sekiranya berjaya login, “Dashboard Pemohon” akan dipaparkan.
- Selesai.
π CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA STR 2025
Seterusnya semak status kelayakan anda sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sama ada layak atau tidak anda terima bayaran Fasa 4. Bagaimanakah cara semak status kelayakan penerima STR? Ikuti panduan di bawah :
- Log masuk terlebih dahulu Portal STR (seperti panduan di atas).
- Apabila berjaya log masuk, anda akan dipaparkan dengan “Dashboard Pemohon”.
- Terus klik pada butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan anda akan dipaparkan :
- “Lulus”; atau
- “Tidak Layak”.
- Sekiranya anda “Lulus” maklumat pengkreditan STR 2025 akan dipaparkan :
- “Dalam Proses Pengkreditan”; atau
- “Telah dibayar”
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT STR
Semua maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah supaya memudahkan capaian orang ramai dan jelas untuk mengetahui info terkini berkaitan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Untuk sebarang persoalan atau masalah, sila buat rujukan kepada yang berwajib seperti di bawah :
- Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747
- Talian Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-Mel : [email protected]
- Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.