SEMAKAN PENERIMA BAYARAN STR (BANTUAN FASA 3 2026)
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan disalurkan secara berperingkat kepada semua penerima yang layak termasuk Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan, bermula tarikh bayaran yang ditetapkan.
Bagaimanakah semakan penerima bayaran str fasa 3? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN MYKASIH 2026 (BANTUAN SARA)
KATEGORI PENERIMA BAYARAN STR
Syarat dan Kategori Kelayakan Bayaran STR 2026 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
KADAR KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 2026 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 3 |
|---|---|
| Isi Rumah berpendapatan RM2,500 kebawah | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM300 Anak 3 hingga 4 : RM450 Anak 5 dan Ke atas : RM600 |
| Isi Rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM0 Anak 1 hingga 2 : RM150 Anak 3 hingga 4 : RM200 Anak 5 dan Ke atas : RM250 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
| Bujang | Bayaran digantikan Bantuan SARA : RM50 Setiap Bulan |
SEMAKAN PENERIMA BAYARAN STR
Status kelayakan bayaran STR 2026 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Layari pautan rasmi mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan STR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
TARIKH BAYARAN STR FASA 3
Pembayaran STR FASA 3 2026 seperti berikut :
| FASA PEMBAYARAN STR | TARIKH PEMBAYARAN STR |
|---|---|
| Fasa 3 | Belum diumumkan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
KAEDAH PENERIMA BAYARAN STR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
- Tiada Maklumat akaun bank; atau
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026
Terima kasih