LOGIN PORTAL STR 2026 : CARA LOG MASUK AKAUN MYSTR UNTUK SEMAKAN STATUS & KEMASKINI PERMOHONAN
Sebarang semakan status, kemaskini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 perlu dilakukan di Portal Rasmi MySTR 2026 yang baru diperkenalkan oleh Kerajaan dan tidak lagi menggunakan Portal MySTR 2025.
Bagaimanakah cara login portal STR 2026? Ikuti panduan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BAYARAN STR 2025 (FASA 4)
PORTAL LOGIN STR 2026
- Pautan Halaman Utama Portal Rasmi STR 2026 : ð https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pautan Portal Login STR 2026 : ð https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
CARA DAFTAR AKAUN BARU STR 2026
Sebelum login masuk akaun Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, pemohon perlu mendaftar akuan baru terlebih dahulu. Ikuti cara pendaftaran akaun baru STR seperti berikut :
- Terus ke Halamana Utama Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- â Anda akan dipaparkan Halaman Utama mySTR.
- â klik butang [LOG MASUK].
- â Isi No Kad Pengenalan anda.
- â Seterusnya, klik butang [Semak].
- â Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik [Daftar Pengguna Baharu] untuk meneruskan.
- Isi Nombor Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, klik [Hantar Emel Pengesahan].
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- â Klik [Sahkan Akaun Saya].
- â Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- â Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- â Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- *Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- â Tekan butang [Seterusnya].
- *Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- â Kemudian, klik [Daftar Akaun].
- â Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya.
- Anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- â Selesai.
CARA LOGIN PORTAL STR 2026
Seterusnya, ikuti cara log masuk akaun Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti berikut :
- Pergi ke portal login / log masuk STR.
- â Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Sila klik butang [Semak].
- â Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- â Seterusnya, klik sekali lagi butang [Semak].
- â Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- â Klik butang [Log Masuk].
- â Sekiranya anda berjaya log masuk, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Selesai.
KEMASKINI PERMOHONAN STR 2026
Pemohon yang belum pernah kemaskini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) lebih 3 tahun berturut-turut boleh membuat kemaskini seperti berikut :
- Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
- Klik pada [Kemas kini Permohonan].
- Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat seperti:
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
- Pilihan Pekerjaan.
- Pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
- Status Perkahwinan.
- Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Maklumat dan Nombor Akaun Bank yang masih aktif.
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Kemaskini Maklumat Asas Pasangan dan Anak (Status Perkahwinan : Berkahwin)
- Kemasikini Maklumat Waris.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
- â Klik pada butang [Hantar].
- â Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- âKemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.â
- Selesai.
SEMAKAN STATUS STR 2026
Kemudian, pemohon boleh menyemak status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mengikut panduan berikut :
- Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan di halaman : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login .
- Klik butang [Semak].
- Seterusnya, Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, klik butang [Semak].
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- â Klik butang [Log Masuk].
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Selesai.
INFO LANJUT STR
Dalam artikel ini yang kami kongsikan adalah panduan-panduan cara daftar akaun, cara login, cara kemaskini permohonan dan semakan status STR yang kami rujuk daripada Portal Rasmi STR dalam panduan pengguna. Untuk info lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah ð
- Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747
- Talian Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-Mel : [email protected]