PORTAL LOG MASUK STR : FASA 4 2025 SEMAKAN STATUS
Penubuhan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) membolehkan urusan penerima untuk membuat semakan status kelayakan, semakan bayaran, kemas kini maklumat hanya secara dalam talian.
Bagaimanakah cara log masuk portal str? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN PEMBAYARAN STR 2025 (FASA 4)
APA FUNGSI LOG MASUK PORTAL STR?
Portal STR adalah Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk segala urusan bantuan STR seperti :
PORTAL RASMI STR | PAUTAN |
---|---|
Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Permohonan STR;
- Semakan Status Kelayakan;
- Semakan Status Bayaran; dan
- Kemas kini Maklumat.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH PEMBAYARAN STR 2025 MENGIKUT KATEGORI
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2025 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN STR FASA 4 (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 200 1 hingga 2 Anak : RM 350 3 hingga 5 Anak : RM 500 5 Anak dan Ke atas : RM 700 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 100 1 hingga 2 Anak : RM 200 3 hingga 5 Anak : RM 250 5 Anak dan Ke atas : RM 350 |
Warga emas tiada pasangan | RM 150 |
Bujang | RM 150 |
TARIKH PEMBAYARAN STR 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN STR | TARIKH PEMBAYARAN STR 2025 |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 |
Fasa 3 | 12 Ogos 2025 |
Fasa 4 | 18 Oktober 2025 (Sabtu) |
KAEDAH PEMBAYARAN STR 2025
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
---|---|
Mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam sistem STR. |
Tiada Akaun Bank atau status ‘Gagal Kredit’ | Penerima boleh tuntut bayaran secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan. |
CARA LOG MASUK KE PORTAL STR
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
LUPA KATA LALUAN ATAU GAGAL LOG MASUK PORTAL STR
Sekiranya pemohon terlupa kata laluan asal, pemohon boleh cipta kata laluan baru seperti berikut:
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Klik (Terlupa Kata Laluan) sekiranya pengguna terlupa kata laluan yang telah didaftarkan.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Kemudian, masukkan maklumat Alamat e-Mel yang telah didaftarkan dalam Sistem.
- Klik butang (Hantar).
- Kata laluan sementara akan dihantarkan ke emal yang diisi dan sistem akan memaparkan ‘Pengesahan telah Dihantar’.
- Semak emel anda untuk mendapatkan kata laluan sementara untuk penukaran kata laluan.
- Log Masuk ke dalam sistem dengan mengisi kata laluan sementara yang diberikan.
- Klik butang Log Masuk.
- Masukkan Kata Laluan Sementara ke medan Kata Laluan Semasa.
- Kemudian, masukkan Kata Laluan Baharu.
- Sahkan Kata Laluan Baharu dan Klik butang (Tukar Kata Laluan).
- Penukaran Kata Laluan Berjaya.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2025
Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :
- Bolehkah saya log masuk STR menggunakan MyDigital ID?
- Ya. anda juga boleh menggunakan MyDigital ID sebagai kaedah untuk mengakses Portal MySTR selain log masuk biasa.
- Jika saya belum daftar akaun MySTR, bagaimana cara akses Portal?
- Layari laman rasmi MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ dan pilih ‘Daftar Akaun’, kemudian ikuti langkah pendaftaran yang disediakan.
- Adakah Portal STR dibuka sepanjang tahun?
- Portal STR dibuka sepanjang tahun untuk penerima mengakses segala urusan berkaitan Bantuan STR. Namun permohonan bantuan, kemas kini maklumat hanya akan dibuka mengikut tempoh yang ditetapkan.
- Jika Log Masuk ‘Gagal’, apa yang perlu dibuat?
- Anda boleh menunggu beberapa jam sebelum log masuk semula atau reset kata laluan baharu.
- Apa yang perlu dilakukan sekiranya mempunyai perubahan maklumat peribadi?
- Segera kemas kini maklumat di Portal STR untuk melancarkan proses pelaksanaan bayaran STR ke dalam akaun bank penerima.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]