SEMAKAN PEMBAYARAN STR 2025 (FASA 4)

SEMAKAN PEMBAYARAN STR 2025 (FASA 4)

Terkini! Fasa akhir pembayaran bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) akan disalurkan dalam masa terdekat sempena sambutan perayaan Deepavali 2025.

Bagaimanakah semakan pembayaran str 2025 fasa 4? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: KEMASKINI STR 2026 : CARA KEMAS KINI MAKLUMAT TAMBAHAN ATAU PERUBAHAN MAKLUMAT

JUMLAH PEMBAYARAN STR 2025 MENGIKUT KATEGORI

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2025 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
STR FASA 4 (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 200
1 hingga 2 Anak : RM 350
3 hingga 5 Anak : RM 500
5 Anak dan Ke atas : RM 700
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 100
1 hingga 2 Anak : RM 200
3 hingga 5 Anak : RM 250
5 Anak dan Ke atas : RM 350
Warga emas tiada pasanganRM 150
BujangRM 150

TARIKH PEMBAYARAN STR 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 seperti berikut:

FASA PEMBAYARAN STRTARIKH PEMBAYARAN STR 2025
Fasa 122 Januari 2025
Fasa 224 Mac 2025
Fasa 312 Ogos 2025
Fasa 418 Oktober 2025 (Sabtu)

JADUAL PEMBAYARAN STR MENGIKUT BANK

Waktu pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ke akaun bank penerima adalah seperti jadual berikut :

JENIS BANKWAKTU MASUK BAYARAN
Bank Simpanan Nasional (BSN)Selepas 6 petang
Bank IslamSelepas 8 malam
Affin BankSelepas 8 malam
AmbankSelepas 8 malam
MaybankSelepas 9 malam
Cimb BankSelepas 9 malam
RHB BankSelepas 9 malam
Bank MuamalatSelepas 10 malam
Lain-lain bankSelepas 10 malam

Namun, kemasukan bayaran ke akaun mungkin berbeza dan boleh mengambil masa antara tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.

KAEDAH PENERIMAAN PEMBAYARAN STR

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

JENIS PENERIMAKAEDAH PEMBAYARAN
Mempunyai Akaun BankPengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam sistem STR.
Tiada Akaun Bank atau status ‘Gagal Kredit’Penerima boleh tuntut bayaran secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

SEMAKAN PEMBAYARAN STR 2025

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2025

Persoalan lazim (FAQ) yang sering menjadi tanda tanya penerima STR adalah seperti berikut :

  1. Bilakah tarikh sebenar bayaran STR Fasa 4, 2025?
    • Tarikh rasmi bayaran STR Fasa 4 ialah pada 18 Oktober 2025.
  2. Bagaimanakah cara semakan bayaran STR?
    • Semakan bayaran boleh dilakukan secara online di Portal Rasmi MySTR.
  3. Apa perlu dilakukan jika status semakan menunjukkan ‘Gagal Kredit’.
    • Anda boleh tuntut bayaran secara tunai di cawangan BSN berdekatan.
  4. Adakah penerima sedia ada STR perlu daftar semula STR 2026?
    • Permohonan baharu tidak diperlukan. Namun, pendaftaran semula akaun untuk Portal MySTR diperlukan untuk mengakses Portal bagi tujuan kemas kini dan semakan.
  5. Adakah jumlah bayaran STR sama untuk semua kategori?
    • Tidak. Setiap kategori penerima akan menerima jumlah bayaran mengikut kelayakan masing-masing.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment